Ringkasan Jawatan
Kami sedang mencari seorang HR Executive yang berpengalaman dalam operasi Sumber Manusia (HR Operations) untuk menyokong pengurusan HR di Ibu Pejabat.
Calon yang berjaya akan bertanggungjawab mengurus operasi HR harian termasuk penggajian, pematuhan caruman berkanun, pentadbiran pekerja, HRIS, pengambilan pekerja dan urusan berkaitan sumber manusia.
Tanggungjawab Utama
- Mengurus proses penggajian (Payroll) bulanan dengan tepat dan mengikut jadual.
- Mengurus urusan caruman berkanun seperti KWSP, PERKESO, SIP (EIS), PCB dan HRD Corp.
- Menyelaras rekod kehadiran, cuti, kerja lebih masa (OT), elaun dan tuntutan pekerja.
- Mengurus keseluruhan proses pengambilan pekerja (Recruitment) daripada pengiklanan jawatan sehingga onboarding.
- Menyediakan surat-menyurat HR seperti surat tawaran, surat pengesahan, surat amaran, surat tunjuk sebab, surat penamatan dan dokumen berkaitan.
- Mengurus rekod pekerja serta memastikan fail peribadi sentiasa lengkap dan dikemas kini.
- Mengendalikan sistem HRIS dan memastikan data pekerja sentiasa tepat.
- Membantu dalam pengurusan prestasi pekerja, latihan serta pembangunan sumber manusia.
- Memastikan pematuhan kepada Akta Kerja 1955 serta polisi dan prosedur syarikat.
- Menyediakan laporan HR dan membantu projek penambahbaikan Jabatan Sumber Manusia.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Diploma atau Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan.
- Minimum 3 tahun pengalaman dalam bidang Human Resource.
- Mempunyai pengalaman mengurus Payroll adalah satu kelebihan.
- Berpengalaman mengurus KWSP, PERKESO, SIP (EIS), PCB dan HRD Corp adalah satu kelebihan.
- Berpengalaman menggunakan HRIS (contohnya QuickHR, HR2000, SQL Payroll, ************* atau sistem lain).
- Mempunyai pengetahuan mengenai Akta Kerja 1955.
- Mampu bekerja secara berdikari serta mengurus pelbagai tugasan dalam masa yang sama.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
Pay: RM3,500.00 - RM4,000.00 per month
Benefits:
- Meal allowance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person