jobs in MFTECH GLOBAL (M) SDN BHD

Kerja Internship Admin (Procurement), Gaji tinggi MYR 700 di MFTECH GLOBAL (M) SDN BHD Melaka - Maukerja

Internship Admin (Procurement)

MFTECH GLOBAL (M) SDN BHD

MYR500 - MYR700 Sebulan
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Ayer Keroh Melaka Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Ringkasan Jawatan:

Pelatih Industri akan memberi sokongan kepada operasi harian Jabatan Procurement, khususnya dalam pengurusan dokumen, penyusunan fail, kemas kini rekod serta tugasan pentadbiran berkaitan perolehan dan tender.

Tanggungjawab Utama:

  • Membantu mengurus dan menyusun dokumen serta fail secara sistematik bagi memastikan rekod sentiasa teratur dan mudah diakses.
  • Membantu mengemas kini data, rekod dan maklumat berkaitan perolehan, pembelian dan tender.
  • Melaksanakan tugasan pentadbiran asas mengikut arahan serta keperluan semasa jabatan.
  • Menyokong staf dalam tugasan harian termasuk penyediaan dokumen, semakan maklumat dan pengumpulan dokumen sokongan.
  • Membantu dalam proses asas berkaitan tender, termasuk penyediaan dokumen sokongan dan pengumpulan maklumat yang diperlukan.
  • Membantu memastikan dokumen lengkap, tepat dan mengikut keperluan yang ditetapkan.

Kelayakan & Keperluan:

  • Memiliki sekurang-kurangnya kelulusan SPM dengan Gred A dalam subjek Matematik.
  • Kemahiran komunikasi yang baik, terutamanya dalam berurusan dengan pembekal dan pelanggan.
  • Mampu bekerja di bawah tekanan dan mengurus masa dengan cekap.

Waktu Bekerja:

Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6.00 petang
Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 petang

Pay: RM500.00 - RM700.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut