jobs in RICHTAQWA

Sepenuh Masa Sales Executive Jobs, salary up to MYR 2,500 in RICHTAQWA Puncak Alam - Maukerja

MYR2,500 - MYR2,500 Sebulan

Puncak Alam, Selangor

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Puncak Alam Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Bina Kerjaya, Sebarkan Manfaat Bersama FASTQ

Sales Consultant

FASTQ Sdn. Bhd.
Lokasi: Puncak Alam, Selangor
Gaji: Basic RM1,700 – RM2,300 sebulan (mengikut pengalaman) + Komisen
Tarikh Mula: Boleh mula bekerja dengan segera

FASTQ Sdn. Bhd. sedang mencari seorang Sales Consultant yang bermotivasi, yakin dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk menyertai pasukan kami.

Anda akan bertanggungjawab mengurus pertanyaan pelanggan, membuat susulan (follow-up) terhadap prospek yang diberikan, membantu pelanggan memilih produk yang sesuai serta mencapai sasaran jualan melalui komunikasi yang profesional dan berkesan. Jika anda gemar berinteraksi dengan pelanggan dan ingin membina kerjaya dalam bidang jualan, kami mengalu-alukan penyertaan anda.

Deskripsi Kerja

  • Menghubungi dan membuat follow-up kepada lead yang diberikan sehingga proses jualan selesai.
  • Memahami keperluan pelanggan serta mencadangkan produk atau pakej yang sesuai.
  • Memberikan penerangan berkaitan produk, harga dan promosi kepada pelanggan.
  • Mengendalikan pertanyaan, bantahan pelanggan serta melaksanakan proses closing mengikut SOP syarikat.
  • Mengemaskini maklumat pelanggan dan status jualan di dalam sistem CRM.
  • Menjalankan aktiviti upselling dan cross-selling kepada pelanggan sedia ada apabila bersesuaian.
  • Menyediakan laporan jualan dan memastikan sasaran jualan (KPI) dicapai.
  • Memberikan perkhidmatan selepas jualan serta bekerjasama dengan pasukan Sales, Marketing, Admin dan Finance bagi memastikan pengalaman pelanggan yang terbaik.
  • Mengendalikan sesi live streaming atau promosi produk melalui media sosial apabila diperlukan.

Syarat Kelayakan

  • Minimum SPM (Diploma dalam bidang Perniagaan, Pemasaran, Komunikasi atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan).
  • Sekurang-kurangnya 1-2 tahun pengalaman dalam bidang jualan, pemasaran atau khidmat pelanggan.
  • Berpengalaman mengurus pelanggan melalui WhatsApp, panggilan telefon dan proses follow-up.
  • Mahir menggunakan komputer, Microsoft Office, WhatsApp Business dan sistem CRM (atau bersedia mempelajarinya).
  • Bersedia mengendalikan sesi live atau promosi produk apabila diperlukan.

Calon Yang Kami Cari

Kami mencari individu yang:

  • Berkeyakinan tinggi dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  • Mahir membina hubungan dengan pelanggan serta mempunyai kemahiran follow-up dan closing.
  • Mampu mengendalikan bantahan pelanggan secara profesional.
  • Berorientasikan sasaran (target-driven) dan bermotivasi mencapai KPI.
  • Bertanggungjawab, proaktif serta mempunyai pengurusan masa yang baik.
  • Mampu bekerja secara berdikari dan juga dalam satu pasukan.
  • Berpengalaman dalam jualan online, social media selling atau menggunakan CRM adalah satu kelebihan.

Faedah & Kelebihan

  • Waktu bekerja Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang).
  • Basic RM1,700 – RM2,300 mengikut pengalaman + komisen yang menarik.
  • Lead disediakan oleh syarikat – fokus kepada follow-up dan closing.
  • Tempat letak kereta percuma.
  • Tuntutan perubatan pesakit luar.
  • Kelayakan cuti tahunan yang kompetitif.
  • Persekitaran pejabat yang selesa dan profesional.
  • Peluang pembangunan kerjaya dan latihan secara berterusan.

Bina Kerjaya, Cipta Impak Bermakna

Join FASTQ in our mission to Empower Education Through Nutrition.

Pay: RM1,762.81 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Free parking

Application Question(s):

  • Adakah anda mahir menggunakan whatsapp untuk 'close deal' dengan customer?
  • Bilakah anda boleh mula bekerja dengan kami?
  • Berapakah basic gaji yang ada harapkan?

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut