Deskripsi Kerja
Boon Hua Motor Sdn. Bhd. sedang mencari General Worker (Motorcycle Service Centre) yang rajin, bertanggungjawab dan mempunyai sikap positif untuk menyertai pasukan kami. Calon akan membantu memastikan operasi harian pusat servis dan bilik pameran berjalan lancar, termasuk penyediaan motosikal baharu, penyusunan motosikal, penerimaan stok serta memastikan premis sentiasa bersih, kemas dan teratur.
Tanggungjawab:
- Membuat persediaan motosikal baharu sebelum diserahkan kepada pelanggan, termasuk menjalankan pemeriksaan asas dan menghidupkan enjin (engine start test) bagi memastikan motosikal berada dalam keadaan baik.
- Menyusun dan mengatur kedudukan motosikal di bilik pameran (showroom) dan kawasan premis semasa pembukaan serta penutupan operasi kedai.
- Memeriksa keadaan fizikal motosikal baharu yang diterima daripada pembekal bagi memastikan tiada kerosakan, kecacatan atau kehilangan aksesori sebelum disimpan atau dipamerkan.
- Membantu menerima penghantaran motosikal dan barangan daripada pembekal.
- Mengemas dan memastikan kawasan showroom, pusat servis, stor, pejabat dan kawasan sekitar sentiasa bersih, kemas dan teratur.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
- Minimum SPM atau setaraf
- Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja-kerja fizikal.
- Bertanggungjawab, jujur, rajin dan berdisiplin.
- Menepati masa serta mempunyai rekod kehadiran yang baik
- Pengalaman sebagai General Worker atau Workshop Assistant merupakan satu kelebihan tetapi bukan syarat wajib
- Boleh bekerja 6 hari seminggu
Faedah:
- EPF & SOCSO
- Cuti Tahunan & Cuti Sakit
- Latihan disediakan
- Persekitaran kerja yang mesra
- Hostel disediakan secara PERCUMA
- Pekerja digalakkan tinggal di hostel syarikat bagi memudahkan urusan kehadiran dan operasi harian.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,800.00 - RM2,300.00 per month
Ability to commute/relocate:
- Puchong: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Work Location: In person