KELAYAKAN
- Minimum Diploma dalam Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan.
- Pengalaman 1–2 tahun dalam bidang perakaunan adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai sistem perakaunan seperti SQL, UBS, AutoCount atau perisian yang berkaitan adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Excel, Word dan Outlook.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang.
SKOP TUGAS
- Membuat kemasukan data (data entry) transaksi kewangan dengan tepat.
- Mengurus Akaun Belum Bayar (AP) dan Akaun Belum Terima (AR).
- Menyediakan invois, baucar pembayaran, resit dan dokumen kewangan.
- Menyemak serta membuat rekonsiliasi penyata bank dan rekod kewangan.
- Menyusun dan memfailkan dokumen perakaunan dengan kemas.
- Membantu penyediaan laporan kewangan bulanan.
- Memberi sokongan kepada proses audit dalaman dan luaran.
- Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa
Kemahiran & Ciri-ciri Diperlukan
- Teliti, jujur dan mempunyai integriti yang tinggi.
- Bertanggungjawab serta mampu bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.
- Mampu bekerja di bawah tekanan dan menepati tarikh akhir.
- Mempunyai sikap positif, berdisiplin dan komited terhadap kerja.
- Bersedia memulakan tugas dengan segera adalah satu kelebihan
Work Location: In person