Skop Kerja / Tanggungjawab:
- Menerima, memeriksa dan mengesahkan produk yang di terima dari produksi dalam keadaan yang baik dan kuantiti yang cukup.
- Menyusun dan menyimpan stok di lokasi yang ditetapkan mengikut kaedah FIFO (First In, First Out) dan FEFO (First Expired, First Out) jika berkaitan.
- Menyediakan dan mengeluarkan produk dari tempat penyimpanan untuk di handar ke outlet.
- Menerima produk siap daripada bahagian pengeluaran dan memastikan rekod stok dikemas kini dengan tepat.
- Melaksanakan pengiraan stok (stock count) dan semakan stok berkala (cycle count) bagi memastikan ketepatan inventori.
- Memantau paras stok dan melaporkan kekurangan stok, lebihan stok atau sebarang ketidakpadanan kepada penyelia stor atau pihak pengurusan.
- Memastikan semua stok dilabel, disusun dan dikendalikan dengan betul bagi mengelakkan kerosakan, pencemaran atau kemerosotan produk.
- Menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan kawasan stor mengikut piawaian GMP, HACCP, Halal dan prosedur syarikat.
- Merekod semua pergerakan stok dengan tepat dalam sistem inventori atau rekod stor.
- Mengasingkan dan melaporkan bahan atau produk yang rosak, tamat tempoh atau ditolak mengikut prosedur syarikat.
- Mematuhi polisi syarikat, peraturan keselamatan tempat kerja dan keperluan keselamatan makanan.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan / Keperluan Jawatan
- Minimum SPM atau setaraf.
- Mempunyai pengalaman dalam operasi stor/gudang; pengalaman dalam industri makanan adalah satu kelebihan.
- Memahami asas kawalan inventori, kaedah FIFO dan FEFO.
- Mempunyai pengetahuan mengenai GMP, HACCP dan Halal adalah satu kelebihan.
- Boleh menggunakan Microsoft Excel dan sistem inventori.
- Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat atau memindahkan barangan apabila diperlukan.
- Bertanggungjawab, jujur, teratur serta mampu bekerja secara individu dan berkumpulan.
Waktu kerja: Isnin - Jumaat (8.30am - 6.30pm)
Lokasi: Ekoperniagaan, Dato Onn
Pay: RM1,800.00 - RM2,300.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Work Location: In person