- Prai Pulau Pinang Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Jawatan: Operator Pengeluaran (Kilang Makanan)
Lokasi: Perai, Pulau Pinang
Sebuah syarikat pembuatan makanan berasaskan sos sedang mencari individu yang rajin, bertanggungjawab dan komited untuk menyertai pasukan pengeluaran.
Gaji & Kerja Lebih Masa (OT)
Gaji asas: RM1,700 – RM1,800
OT: Disediakan dengan kerap mengikut keperluan barisan pengeluaran
OT petang: sehingga 5–6 petang atau 5–7 petang
OT pagi (sekiranya perlu): 7.30 pagi – 8.30 pagi
Bayaran OT mengikut polisi syarikat
Waktu Bekerja
Isnin – Sabtu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Kerja lebih masa bergantung kepada keperluan pengeluaran
Skop Tugas
- Menyediakan dan mengurus bahan pembungkusan seperti melipat kotak dan menyusun bahan
- Meletakkan botol atau produk di atas conveyor line
- Melakukan pemeriksaan ringkas terhadap penutup, label, nombor batch dan tarikh luput
- Membungkus produk siap mengikut piawaian yang ditetapkan
- Menjaga kebersihan kawasan kerja serta mematuhi SOP keselamatan makanan (pemakaian PPE adalah wajib)
- Bersedia untuk bekerja lebih masa sekiranya diperlukan
Kelayakan
- Berumur 23 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan, mampu berdiri lama, melakukan kerja berulang dan bekerja dalam persekitaran panas (kipas disediakan)
- Berdisiplin, menepati masa serta mematuhi arahan dan SOP
- Calon tanpa pengalaman dialu-alukan (latihan akan diberikan)
Cara Permohonan
Sila hubungi Vernice melalui WhatsApp di *************
(Kosong satu kosong – empat empat satu satu lima dua lima)
Pay: RM1,700.00 - RM1,800.00 per month
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.