- Kota Bharu Kelantan Malaysia

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Part One Venture Sdn Bhd (Lux Home)
Menjalankan perniagaan perhiasan dekorasi rumah & pejabat secara online.
Lokasi Pejabat: Kubang Kerian, Kelantan
Waktu Kerja: 9 pagi – 5.30 petang
Elaun Bulanan: RM400 – RM600
Tempoh Praktikal: Minimum 3 bulan
Pelajari pengurusan sistem IT perniagaan e-dagang (e-commerce), penyelenggaraan perkakasan (hardware) & perisian (software), sokongan teknikal harian syarikat, serta pengurusan infrastruktur digital bagi memastikan kelancaran operasi perniagaan secara dalam talian.
Tanggungjawab:
Membantu menyelenggara (maintain) dan memantau peralatan IT pejabat (komputer, pencetak/printers, sistem rangkaian/network, dan Wi-Fi) agar sentiasa berada dalam keadaan optimum.
Membantu menyelesaikan masalah teknikal harian (troubleshooting hardware & software) yang dihadapi oleh kakitangan pejabat dan pasukan operasi gudang dengan pantas.
Membantu mengemaskini, mengurus, dan menyelenggara sistem e-dagang/laman web syarikat serta pangkalan data (database) inventori/produk secara berkala.
Membantu menguruskan pendokumentasian aset IT syarikat, kawalan keselamatan data, penyediaan data sandaran (data backup), dan tetapan alatan pencetak label kurier (thermal printer).
Kelayakan:
Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Sains Komputer (Computer Science), Kejuruteraan Perisian (Software Engineering), Rangkaian (Networking) atau setaraf.
Tidak cerewet, tidak memilih kerja & sanggup belajar benda baru.
Cepat memahami sistem baru, mempunyai kemahiran penyelesaian masalah (problem-solving) yang baik, dan menepati masa.
Mahir asas perkakasan komputer (hardware), sistem pengoperasian (Windows), rangkaian asas (routers/Wi-Fi/LAN), serta penggunaan perisian pejabat.
Faedah:
Peluang diserap terus sebagai staf tetap selepas tamat praktikal.
Pembangunan profesional: Kemahiran dalam e-commerce IT infrastructure, penyelenggaraan sistem operasi perniagaan sebenar, dan pengurusan aset IT organisasi.
Diskaun kakitangan untuk produk Luxhome.
Hantar Permohonan:
E-mel: *************
WhatsApp: *************
Job Type: Full-time
Pay: RM400.00 - RM600.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.