jobs in MASASINAR HOLDINGS SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa Costing Manager, Gaji tinggi MYR 5,500 di MASASINAR HOLDINGS SDN BHD Selangor - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Masasinar Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembuatan komponen automotif melalui proses metal stamping, welding dan assembly. Kami sedang mencari seorang Costing Manager yang berpengalaman untuk menyertai syarikat kami.

Tanggungjawab Utama

  • Menyediakan dan mengurus quotation bagi projek baharu pelanggan termasuk model baharu.
  • Mengkaji lukisan teknikal (drawing), spesifikasi pelanggan dan keperluan projek bagi menyediakan anggaran kos yang tepat.
  • Menganalisis proses pembuatan termasuk stamping, welding, assembly dan proses berkaitan untuk menentukan manufacturing cost.
  • Menilai kesesuaian mesin, kapasiti pengeluaran, die, jig & fixture serta keperluan tooling bagi setiap projek.
  • Bekerjasama dengan jabatan lain untuk mendapatkan maklumat teknikal serta kos yang diperlukan.
  • Menyediakan breakdown costing termasuk kos bahan mentah, proses pembuatan, buruh, tooling, overhead dan pelaburan mesin.
  • Memberi cadangan penambahbaikan dari segi reka bentuk atau proses bagi mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti produk.
  • Mengkaji kebolehlaksanaan projek sebelum quotation dihantar kepada pelanggan.
  • Memastikan semua quotation disediakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta memenuhi sasaran keuntungan syarikat.
  • Menyimpan rekod costing, quotation dan dokumen berkaitan dengan teratur.
  • Menyediakan laporan costing dan analisis kepada pihak pengurusan bagi tujuan membuat keputusan.

Kelayakan

  • Ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal, Pembuatan, Industri, Pengurusan Projek atau bidang berkaitan.
  • Minimum 2 tahun pengalaman dalam Costing, Cost Estimation atau Quotation, khususnya dalam industri pembuatan automotif.
  • Berpengalaman mengendalikan quotation untuk projek OEM atau Tier 1/Tier 2 automotif.
  • Mempunyai pengetahuan dalam proses stamping, welding, assembly, die & tooling serta manufacturing process.
  • Memahami proses pembangunan produk (Product Development).
  • Boleh membaca engineering drawing dan memahami spesifikasi teknikal pelanggan.
  • Boleh menggunakan AutoCAD, SolidWorks atau perisian CAD yang setaraf.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh bekerjasama antara internal (pelbagai jabatan) dan external (supplier/customer).

Waktu Kerja : Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi ~ 5.40 petang)

Lokasi : Lot No. 28135, Jalan Perindustrian 5 Off Jalan Haji Salleh, Meru, 41050 Klang, Selangor.

Email resume : *************

Pay: From RM5,500.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Meal provided

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut