jobs in Kolej Pengajian Keselamatan Dan Penyiasatan Malaysia

Kerja Sepenuh Masa PEMANDU, Gaji tinggi MYR 2,500 di Kolej Pengajian Keselamatan Dan Penyiasatan Malaysia Selangor - Maukerja

PEMANDU

Kolej Pengajian Keselamatan Dan Penyiasatan Malaysia

MYR2,000 - MYR2,500 Sebulan
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Cyberjaya Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

  • Menyediakan perkhidmatan pemanduan kepada CEO mengikut jadual dan keperluan harian.
  • Memastikan CEO tiba ke destinasi dengan selamat, tepat pada masa dan dalam keadaan yang selesa.
  • Mengurus perjalanan ke mesyuarat, acara rasmi, lawatan kerja dan urusan berkaitan organisasi.
  • Merancang laluan perjalanan yang sesuai bagi mengelakkan kelewatan dan memastikan kecekapan masa.
  • Sentiasa bersedia menerima arahan perjalanan mengikut keperluan CEO.
  • Memastikan kenderaan CEO sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selamat digunakan.
  • Melaksanakan pemeriksaan harian terhadap keadaan kenderaan seperti minyak enjin, tayar, brek, lampu dan keperluan penyelenggaraan.
  • Mengurus jadual servis, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan mengikut keperluan.
  • Memastikan dokumen kenderaan seperti insurans, cukai jalan dan permit berkaitan sentiasa sah.
  • Kelayakan & Keperluan
  • Bekas anggota keselamatan (polis, tentera atau badan beruniform berkaitan) adalah sangat dialu-alukan dan akan diberi keutamaan.
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan mempunyai rekod pemanduan yang baik.
  • Mempunyai pengalaman sebagai pemandu peribadi, pemandu eksekutif atau pengiring keselamatan adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai disiplin kerja yang tinggi, berintegriti serta mampu menjaga kerahsiaan maklumat.
  • Mempunyai tahap kecergasan dan kesediaan bekerja mengikut keperluan tugas.
  • Berpenampilan kemas, profesional dan mempunyai sikap bertanggungjawab.
  • Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai laluan jalan raya serta penggunaan aplikasi navigasi.
  • Bersedia bekerja mengikut jadual fleksibel termasuk di luar waktu pejabat jika diperlukan.

Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut