- Setapak Federal Territory Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Store Keeper / Warehouse Assistant
Usanita Sdn Bhd sedang mencari calon yang berpengalaman untuk menyertai pasukan kami sebagai Store Keeper bagi operasi warehouse dan pengurusan parcel.
Lokasi
Setapak, Kuala Lumpur
Waktu Bekerja
Isnin – Sabtu
9.00 pagi – 5.30 petang
Tanggungjawab
-Mengurus penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran stok/barangan.
-Mengurus parcel masuk dan keluar serta memastikan parcel direkod dan disusun dengan betul.
-Membuat semakan kuantiti dan keadaan barang/parcel yang diterima.
-Menyediakan dan memproses parcel untuk penghantaran.
-Memastikan label, alamat dan dokumen penghantaran adalah betul.
-Memastikan stok dan parcel disusun dengan kemas dan teratur.
-Membuat stock count dan memastikan rekod inventori sentiasa tepat.
-Memantau keluar masuk stok dan parcel.
-Memastikan kawasan warehouse sentiasa bersih, kemas dan selamat.
-Menjalankan tugasan warehouse lain yang berkaitan mengikut keperluan syarikat.
Kelayakan
-Mempunyai pengalaman bekerja sebagai Store Keeper / Warehouse Assistant.
-Mempunyai pengalaman mengurus stok, warehouse dan parcel.
-Teliti, bertanggungjawab dan mempunyai disiplin kerja yang baik.
-Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
-Mampu melakukan kerja yang melibatkan pergerakan dan pengendalian barang.
-Boleh mula bekerja dengan segera / dalam masa terdekat akan diberi keutamaan.
Kelebihan
-Kerja tetap
-Waktu bekerja yang jelas
-Lokasi kerja di Setapak, Kuala Lumpur
-Peluang menyertai pasukan Usanita Sdn Bhd
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi kelayakan boleh menghantar resume untuk pertimbangan.
Calon yang boleh mula bekerja dengan segera amat dialu-alukan untuk memohon.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.