- Kelantan Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Tugas Utama:
Melaksanakan tugas pembelian buku, alat tulis dan keperluan pejabat dengan cekap, memastikan stok mencukupi, berkualiti dan mengikut bajet serta prosedur syarikat.
Skop Kerja:
1. Mengenalpasti Keperluan:
Menilai keperluan semasa dan akan datang berdasarkan penggunaan.
Semak baki stok sedia ada.
2. Perolehan & Pengurusan Pembekal:
Mencari, menilai dan berurusan dengan pembekal (harga, kualiti, tempoh penghantaran).
Meminta dan membandingkan sebut harga.
Rundingan harga, syarat bayaran dan tempoh penghantaran.
3. Proses Pembelian:
Membuat permohonan & pesanan pembelian (PO) mengikut keperluan syarikat.
Mengurus penerimaan barang dan semakan invois.
Memantau penghantaran barang supaya menepati spesifikasi dan jadual.
Mengawal kos pembelian dan mematuhi bajet yang ditetapkan.
4. Kawalan Stok
Pantau paras minimum dan maksimum stok alat tulis.
Susun atur stor dengan sistematik.
Jalankan kiraan stok secara berkala.
5. Dokumentasi & Rekod:
Simpan rekod pembelian, invois, dan komunikasi dengan pembekal.
Menyediakan laporan pembelian berkala untuk pengurusan.
Berurusan dengan invois & dokumen pembelian bersama bahagian akaun.
Menyimpan rekod pembelian dengan kemas dan teratur.
6. Kawalan Kualiti:
Memastikan barang yang diterima adalah dalam keadaan baik dan berkualiti.
Urus pulangan barang rosak atau tidak mengikut pesanan.
Menyelesaikan isu pembelian seperti barang rosak, lewat atau tidak menepati spesifikasi.
7. Kepatuhan & Penjimatan Kos:
Mematuhi prosedur kewangan dan polisi syarikat.
Mencari peluang untuk penjimatan kos tanpa menjejaskan kualiti.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.