Kerja Kerajaan VS Kerja Swasta, Mana Paling Best?
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

Kerja Kerajaan VS Kerja Swasta, Mana Paling Best?

post by MJ

by MJ

Jul 20, 2023
pada 11:38 PM

Bagi lepasan SPM mahupun graduan yang sudah tamat pengajian, pastinya buntu untuk memilih sektor pekerjaan, sama ada sektor kerajaan ataupun swasta. Ada yang kata sektor swasta lebih baik, ada juga yang kata sektor kerajaan adalah lebih baik dan mempunyai pelbagai manfaat berbanding swasta. 

Bagi membantu korang yang sedang membuat pemilihan kerja, kami senaraikan kelebihan dan kekurangan bekerja di kedua-dua sektor ini. Mudah untuk korang nilaikan sendiri nanti!

KERJA KERAJAAN

Kelebihan

  • Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
    Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
  • Kestabilan ekonomi sendiri
  • Potensi dibuang kerja amat tipis
  • Kerja yang lebih tenang dan selesa
  • 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Kekurangan

  • Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
  • Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
  • Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
  • Gaji pokok yang kecil
  • Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
  • Posting jauh dari tempat tinggal

 

KERJA SWASTA

Kelebihan

  • Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
  • Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
  • Gaji pokok yang tinggi
  • Berorientasikan keuntungan syarikat
  • Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
  • Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa mengikut kelayakan
  • Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
  • Ruang kerja yang kondusif
  • 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Kekurangan

  • Potensi dibuang kerja tinggi
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Masa depan tidak terjamin
  • Boleh pilih kerja

Kesimpulannya, tak kisahlah korang bekerja di mana sekalipun, apa yang penting adalah usaha dan kesungguhan korang dalam bekerja. Bila dah dapat kerja tu, kerjalah bersungguh-sungguh ya!