Founder Butik Terkenal 'Sembur' Perangai Pekerja Yang Suka Kerja Sekejap-Sekejap. Mohon Terasa!
# Trending Semasa

Founder Butik Terkenal 'Sembur' Perangai Pekerja Yang Suka Kerja Sekejap-Sekejap. Mohon Terasa!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 11, 2017
pada 10:44 AM

Macam-macam jenis dah generasi muda sekarang ni dalam nak cari kerja. Sampai naik hairan dibuatnya perangai mereka yang pada pekerja otai ni tak boleh diterima dan ada yang gelar mereka ni 'naik lemak''. Haihh.. Elok-elok dah dapat kerja yang baik, boleh pula tak sampai sebulan bekerja Whatsapp bos "Bos saya nak berhenti kerja. Tak larat kerja kat tempat bos. TQ" Amboi sampai macam tu sekali adabnya!

Bukannya tak boleh nak lompat-lompat kerja, cumanya bukan dalam temepoh yang singkat. Ini, bos besar Calaqisya sendiri Hazwan Faiz iaitu sebuah butik yang agak terkenal dan sudah ada banyak cawangan di Malaysia. Berdasarkan apa yang beliau kongsikan, kadang ada pekerja yang tak sampai sebulan pun dah berhenti kerja. Manja betul kan?

"Ada yang jenis kerja tak sampai sebulan"

Tepat betul apa yang Hazwan ni kongsikan. Macam-macam karenah sebenarnya budak-budak zaman sekarang ni. Masih lagi bawa perangai yang tak matang itu masuk kerja. Ada yang jenis kerja tak sampai sebulan, ini yang tak boleh langsung kena tegur. Tegur sedikit je terus kecil hati dan esoknya tak datang kerja terus. Ada juga yang nak jaga sangat standard. Malu lah kalau jiran-jiran nanti tanya kerja apa, jawab kerja dekat butik je.

Nah baca pengalaman bekerja dari pekerja lama ni, ayah mertua Hazwan sendiri. Dan mungkin akan buatkan mereka yang suka tukar-tukar kerja tu fikir 2 kali sebelum bercita-cita nak tukar kerja.

"Selama 35 tahun Acik kerja, paling singkat Acik kerja ialah selama 2 tahun. Itu pun sebab kontrak nye 2 tahun"

Selama 30 tahun bekerja di bawah orang ni paling singkat bekerja ialah 2 tahun. 2 tahun, bukannya 2 bulan ye dik. Paling minima bekerja adalah dalam masa 4 tahun, bayangkan berapa  banyak ilmu yang boleh dapat selama 4 tahun ni. Tak terkira! Ini lah sebab munasabah kenapa jangan suka lompat-lompat kerja dalam tempoh yang singkat. Sebab korang tak akan dapat menjadi industry expert dan penghormatan daripada pelanggan.

Nak kejar career ni ada caranya. Korang perlu dapatkan kepercayaan daripada majikan dan caranya ialah dengan tunjukkan komitmen dengan bekerja dalam tempoh yang lama. Tak akan ada sesiapa yanng boleh menjadi CEO atau CFO ataupun COO dengan hanya 5 tahun pengalaman bekerja. 

"Acik dulu kerja kena pulau kena maki tapi terpaksa tahan sebab nak kan ilmu"

Sebagai majikan bukan kelulusan yang mereka pandangkan sangat, tetapi pada loyalty dan komitmen, itu yang penting. Jangan terlampau pandang apa yang syarikat tak ada, tapi fikir apa yang korang boleh bawa perubahan pada syarikat korang bekerja tu. 

Dalam masa 20 tahun pengalaman, jangan cakap lah, macam-macam pernah kena. Kena pulau dengan pekerja lain, kena marah itu semua perkara biasa. Jangan ingat pekerja-pekerja baru dan muda je kena marah, yang tua dan dikira senior pun sama. Jadi cekalkan hati. 

Jangan hanya manis di mulut bila interview bukan main lagi berjanji boleh bekerja untuk masa yang lama, nak sama-sama bangunkan syarikat tapi penyudahnya berhenti juga. Hmm.

 

 


Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Syarikat Besar turut menyertai : AEON, Aegis, Padini, Guardian, Dream Job, CAREDO, COOLBLOG, GigaGis, Air Tech Engineering & Consultancy Pte Ltd, dan pelbagainya!
  • Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
  • Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP

(Terhad kepada 8,500 pendaftar terawal, sekarang dah ada 7,000 tau!)

 

PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]