Kerja Management Trainee & Exec. Management Trainee. Kerja 5 Hari,Gaji Basic RM2,000++ Di KL/Selangor
# Jenis Pekerjaan

Kerja Management Trainee & Exec. Management Trainee. Kerja 5 Hari,Gaji Basic RM2,000++ Di KL/Selangor

post by Aisya

by Aisya

Jul 21, 2023
pada 9:56 AM

Kalau korang perasan, zaman sekarang ni ramai graduan yang memiliki kelulusan Diploma tapi masih tidak mempunyai pekerjaan. Adakah kerana tiada peluang pekerjaan untuk mereka ataupun kerana graduan yang terlalu memilih kerjaya?

Tapi tidak dinafikan terdapat juga kerja yang menawarkan pendapatan terlalu rendah dan tak setaraf dengan kelayakan. Tapi mulai sekarang korang dah tak perlu risau lagi sebab sekarang ni McDonald's Malaysia ada menawarkan peluang pekerjaan untuk korang dengan jawatan Executive Management Trainee (Min Diploma) dan  Management Trainee (Min Degree) dengan kadar segera!

Apa yang menariknya, pihak McDonald's menawarkan pendapatan basic bulanan RM2,000++ dengan pelbagai tawaran manfaat yang lain seperti bonus 4 kali setahun, dan korang juga berpeluang untuk memperoleh kenaikan pangkat yang lebih tinggi! Wah, inilah peluang keemasan untuk anda tingkatkan karier! Selain itu, korang juga turut memperoleh syif elaun sehingga RM200 sebulan, cuti tahunan dan majikan juga turut menyediakan medical coverage untuk semua stafnya tau!  Kerja pun hanya 5 hari je seminggu. Menarik kan? 

Bukan setakat tu je, kalau korang kerja kat McDonald's ni, korang juga turut dapat berjimat tau dari segi makan sebab dorang juga akan sediakan kat korang makanan percuma bila bekerja! So korang dah tak perlu fikir soal belanja makan lagi dah. Ce korang bayangkan sehari belanja makan dah RM berapa kan? Pastu sebulan berapa ratus dah kan? So dengan McDonald's ni memang jimat habis lah!

So apa lagi yang korang nak tunggu tu? Jom apply sekarang juga sebelum peluang keemasan ni ditutup! Kang menangis tak berlagu pulak kat tepi bucu katil. Tawaran kerja ini terbuka di sekitar KL dan Selangor. Mohonlah sekarang di link yang disediakan di bawah.

 


 

(A)  Executive Management Trainee (Diploma)

Keperluan

  • Mempunyai Diploma dalam bidang yang berkaitan (hospitaliti, pengurusan makanan, peruncitan, khidmat pelanggan, perniagaan, keusahawanan, teknologi makanan, pengurusan halal dan sebagainya).
  • Bukan graduan/Diploma dengan minimum 2 tahun pengalaman dalam pengurusan makanan digalakkan untuk mohon.

Tanggungjawab

Bekerjasama dengan pasukan pengurusan restoran dalam menguruskan operasi restoran dengan pandangan mencapai hasil perniagaan yang lebih besar outlet yang dipilih melalui integrasi manusia, kelengkapan dan produk.

  • Membantu menetapkan objektif, mengurus belanjawan dan mengawal stok, dan juga membantu dalam merekrut, melatih dan memberi motivasi kepada ahli kru.


    Manfaat tambahan

    • Gaji basic RM1,800
    • Kerja 5 hari seminggu
    • Elaun shift sehingga RM200
    • Bonus 4x setiap tahun
    • Elaun Makanan
    • Elaun Perubatan
    • Cuti tahunan

     


     

    (B)  Management Trainee  (Degree)

    Kelayakan

    • Mempunyai Ijazah Sarjana (Degree) dalam bidang yang berkaitan (hospitaliti, pengurusan makanan, peruncitan, khidmat pelanggan, perniagaan, keusahawanan, teknologi makanan, pengurusan halal dan sebagainya)

     

    Tanggungjawab

    Bekerjasama dengan pasukan pengurusan restoran dalam menguruskan operasi restoran dengan pandangan mencapai hasil perniagaan yang lebih besar outlet yang dipilih melalui integrasi manusia, kelengkapan dan produk.

  • Membantu menetapkan objektif, mengurus belanjawan dan mengawal stok & membantu dalam merekrut, melatih dan memberi motivasi kepada ahli kru.


    Manfaat tambahan

    • Gaji basic RM2,000
    • Kerja 5 hari seminggu
    • Elaun shift sehingga RM200
    • Bonus 4x setiap tahun
    • Elaun Makanan
    • Elaun Perubatan
    • Cuti tahunan