Korang boleh buat muka macam ni:

by sofea
Korang boleh buat muka macam ni:

Berita menggemparkan! Akhirnya benda yang mendebarkan ramai lepasan SPM selain keputusan SPM dah dimansuhkan.

Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, Mesyuarat Kabinet dengan sebulat suara memutuskan yang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan secara serta-merta.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat pengumuman yang satu modul lain akan dirangka untuk menggantikan kedua-dua buah program ini.
“Memandangkan program ini melibatkan kolaborasi merentas kementerian dan agensi, KBS akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan (KPM). Perbincangan turut melibatkan persatuan belia untuk memperhalusi mekanisme pelaksanaan agak program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” memetik kata Syed Saddiq dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Nasib kakitangan yang terlibat dalam kedua-dua program ini turut diberikan perhatian. Syed Saddiq mengatakan yang kakitangan kontrak dan tetap akan diserapkan dalam kementeriannya.
Namun begitu, jumlah kakitangan yang akan diambil akan diumumkan kelak.
Sumber: Astro Awani
#1 Pereka Laman Web >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#2 Eksekutif Jualan - Minyak Masak >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#3 Pembantu Jualan / Pembantu Jualan Senior >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#4 Pemandu Merangkap Pemandu Pelancong Freelance >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#5 Juruteknik Mesin >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#6 Eksekutif Jualan >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#7 Pembantu Dapur >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#8 Artis DTP / Pereka Grafik >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<