Berita yang best untuk korang yang nak enjoy internet masa lepak dekat rumah tanpa perlu bayar berlebih-lebih!

by sofea
Berita yang best untuk korang yang nak enjoy internet masa lepak dekat rumah tanpa perlu bayar berlebih-lebih!
Pada asalnya, TM hanya membuka pelan Unifi Basic ini untuk mereka yang berpendapatan isi rumah rendah iaitu bawah RM4,500, tapi minggu ni, TM membuat pengumuman yang mereka akan membuka pelan ni untuk semua tak kisahlah berapa pun gaji korang! Siapa tak nak berjimat kan?

Korang hanya kena bayar RM79 sebulan untuk mendapatkan internet berkelajuan 30 Mbps dan kuota 60GB!
Kelajuan internet yang diorang tawarkan ni cukup power untuk korang tengok movie dengan kualiti HD sekalipun. Apa lagi yang difikirkan?
Mulai September 2018!