''Acap, Mak Kat Sini, Balik Nak...'' - Begitulah rintihan ibu kepada peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan, 29 tahun yang telah pun hilang sejak 23 Mac yang lalu ketika menyertai larian tersebut di Perak. Misteri kehilangan Mohamad Ashraf Hasan yang lebih mesra dipanggil Acap telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen dan muncul pelbagai spekulasi tentang perkara ini.

