''Gaji Kecil Pun Saya Sapu!''-CEO Ini Kongsi Detik Awal Bina Bisnes Fotografi
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

''Gaji Kecil Pun Saya Sapu!''-CEO Ini Kongsi Detik Awal Bina Bisnes Fotografi

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 2, 2022
pada 9:30 AM

Korang pernah dengar tak kisah bagaimana seseorang itu boleh bina kerjaya sendiri disebabkan tiada peluang kerja dan permohonan kerja selalu ditolak? Bagaimana daripada kegagalan mencari kerja boleh bertukar kepada sebuah kerjaya? Apa yang mendorong individu ini untuk bangkit dan seterusnya membangun bersama-sama dengan kerjayanya? Jom ikuti hasil temu bual bersama individu hebat ini yang juga merupakan seorang CEO & Creative Director di Kaio Studio dalam segmen #MauSembang.
 

Latar Belakang Pendidikan

Saya mempunyai Diploma dalam jurusan Hospitality And Tourism. Sekarang ini, bisnes yang sedang saya jalankan adalah bisnes fotografi dan juga videografi. 

 

Apakah Pekerjaan Lain Yang Pernah Dilakukan Sebelum Menceburi Bisnes Ini?

Selepas tamatnya SPM, saya pernah bekerja di 7 Eleven, kerja sebagai promoter di The Store, jual kupon diskaun di jalanan serta jaga booth jual produk kesihatan. Pada masa itu, saya menetap di Ampang dan terpaksa ulang-alik ke Subang setiap hari untuk ke tempat kerja. Masa PMR pun saya pernah buat kerja part time, saya bekerja di kedai makan dan tugas saya adalah mencuci pinggan.

 

Apa Yang Membuatkan Anda Memilih Kerjaya Yang Tak Berkaitan Dengan Latar Belakang Pendidikan Yang Dulu?

Kalau dilihat bisnes yang saya jalankan sekarang memang tiada kaitan langsung dengan apa yang saya belajar dulu. Apa yang menyebabkan saya memilih kerjaya ini? Semuanya disebabkan oleh minat. Saya ingat lagi, masa dulu, kalau time hari raya, sayalah orang yang akan angkat kamera dan ambil gambar ahli keluarga. Saya memang betul-betul minat dengan bidang ni dan tambahan pula dengan demand yang ada di pasaran sekarang ni, bagi saya why not saya cuba teruskan dan jadikan ini sebagai satu kerjaya. Dan alhamdulillah, rezeki tu memang ada sehingga kini.

 

Kongsikan Sedikit Antara Cabaran Dan Dugaan Yang Pernah Dilalui Sebelum Ini

Sejujurnya, sebelum saya menceburkan diri dalam bidang ini, dah banyak interview kerja saya pergi tapi tak pernah dapat. Tambahan pula, masa dulu tiada platform yang boleh bantu orang cari kerja seperti Maukerja sekarang ni. Jadi proses mencari kerja tu memang agak susah. Pernah sampai satu tahap saya memang betul-betul give up. Dari situlah mula timbul satu rasa keinginan untuk create satu kerjaya untuk diri saya sendiri iaitu kerjaya sebagai fotografi dan videografi.

Pada peringkat awal, saya menggunakan segala duit simpanan saya untuk beli peralatan seperti kamera, mikrofon dan lain-lain. Dengan peralatan tu semua, saya buat video. Client pertama saya adalah daripada Twitter, senior masa sekolah dulu. 

The big WHY kenapa saya nak buat fotografi ni puncanya adalah kerana saya tak dapat peluang kerja di mana-mana. Jadi saya mulakan kerjaya saya sendiri.

 

Apa Makna Sebuah Rezeki?

Masa dulu, bagi saya wang itu adalah satu-satunya rezeki yang saya pandang. Tapi sejak saya dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, saya memandang rezeki itu dari sudut berbeza, bukan duit semata-mata. Walaupun saya masih belum impian yang saya nak, tapi alhamdulillah saya memiliki team yang bagus seperti ahli keluarga yang sentiasa support setiap apa jua yang saya lakukan, terutama sekali ibu saya. 

 Apa yang membuatkan saya rasa tersentuh bila bercakap tentang rezeki ni adalah apabila saya dapat membentuk sebuah team yang bagus. Sekarang ni saya akan pastikan yang setiap ahli team saya tu sama-sama dapat apa yang saya dapat.

 

Apakah Nasihat Untuk Individu Di Luar Sana Tentang Kerjaya?

Nasihat saya, kerja je apa-apa kerja selagi ada peluang untuk bekerja. Macam saya sendiri, gaji kecil pun saya sapu jugak. Tapi sampai satu tahap, kita nak jugak improve income kita kan. Tapi macam mana? Dah lah qualification tak tinggi mana, pergi interview pun memang susah nak dapat kerja. Sebab itulah saya create kerjaya saya sendiri.

Memanglah semua orang nak kerja yang menawarkan gaji tinggi, siapa taknak kan. Bukan kita je yang struggle, semua orang pun struggle dalam hidup. Cuba tengok, ramai orang hebat di luar sana yang belajar bidang lain, kadang tu belajar pun tak habis tapi mereka berjaya menjadi jutawan. Persoalannya, bagaimana? Semuanya adalah dengan hard work, intelligence dan connection. Pegang tiga perkara ni, insyaAllah korang akan berjaya dalam hidup. 

 

Pernah Alami 'Rejection' Dalam Hidup?

Saya rasa kalau saya jawab soalan ni, mesti akan ada orang kata saya sombong sebab bagi jawapan macam ni. Tapi ini sebenarnya cara untuk saya trick my mind untuk berfikiran positif sebenarnya. Kalau korang tak diterima masa interview, jangan rasa korang tak layak untuk company tu. Cuba anggap yang company tu sebenarnya tak layak ambil korang bekerja di tempat mereka. 

Mungkin korang yang berhadapan dengan situasi begini boleh cuba trick ni. Apa-apapun pastikan korang confident dengan apa yang korang buat. Ingat satu perkara, 'The more people you see, the more chances you get. The more rejection you get, you are getting closer to people who are going to say yes.'