Ada yang sedang tercari-cari kerja tapi sampai sekarang masih tak jumpa? Memang tak dinafikan sekarang ni agak mencabar kalau nak cari peluang kerja di mana-mana. Tapi bukannya takde tau! Haa korang tahu tak Pizza Hut cawangan Shah Alam akan mengadakan satu Temuduga Terbuka bagi jawatan kosong sebagai Kru Restoran dan Rider. Pendapatan yang ditawarkan adalah RM4 hingga RM7 per jam. Itu je ke? Eh, nanti dulu, ada lagi! Beruntung kalau korang kerja di sini sebab makan ditanggung tau. Ada elaun OT, kenaikan gaji tahunan, cuti tahunan dan banyak lagi. Pendek kata, macam-macam manfaat yang disediakan untuk korang.

