5 Elemen Paling Penting Yang Perlu Ada Di tempat Kerja..Take Note!
# Pengetahuan Pekerja

5 Elemen Paling Penting Yang Perlu Ada Di tempat Kerja..Take Note!

post by null

by Admin

May 9, 2016
pada 5:05 AM

Dalam pekerjaan terdapat beberapa elemen penting yang perlu dimanfaatkan dalam diri kita, bagaimanapun ia bergantung kepada budaya di sesebuah organisasi tersebut. Ada sesetengah organisasi begitu ketat dengan peraturan dan ada juga yang lebih kasual dengan garis panduan yang longgar.

Walaubagaimanapun, elemen itu tetap kena ada dalam semua jenis organisasi. Ia amat penting sekali kepada semua syarikat, tidak kira daripada mana-mana sektor sekalipun. Jadi, terapkan kesemua elemen ini dalam diri anda bagi memastikan proses pekerjaan berjalan dengan lancar.

1. Komunikasi

Komunikasi memainkan peranan utama dalam pekerjaan, mesej yang disampaikan perlu lah tepat dan jelas. Selain daripada mengekalkan hubungan antara pekerja ioa amat penting dalam proses tugasan yang diberikan bagi memastikan kerja berjalan dengan lancar.  Jika berkomunikasi dengan teruk, maka pekerja bawahan kurang faham dan memberikan produk yang salah. Ia sekaligus memberikan impak terhadap kerja dan syarikat.

2. Etika

Sesebuah syatikat yang menggalakan kod etika yang kukuh pasti mempunyai reputasi yang baik. Latihan etika kepada pekerja perlu dijalankan agar pekerja faham dan boleh nilaikan dalam melakukan keputusan jika mereka berada alam dilemma yang bercanggah dengan etika pekerja.  Selain itu, ia juga dapat mengekalkan displin pekerja.

3. Keselamatan

Pastikan pekerja terlindung daripada segala ancaman berbahaya di tempat kerja. Keselamatan amat penting terhadap industri seni bina, kilang, minyak dan gas dan lain-lain yang berisiko tinggi. Pastikan majikan menyediakan segala alat perlindungan di sediakan, pekerja haruslah patuhi peraturan keselamatan yang di tetapkan oleh pihak pengurusan. 

4 Hormat Menghormati

Rasa hormati menghormati juga merupakan elemen penting dalam tempat kerja. Pastikan anda hormat dengan pekerja lain yang melakukan tugas mereka. Misalnya, anda sedang berbincang dengan orang sebelah, kawal nada suara anda supaya tidak menganggu ketenteraman pekerja lain melakukan kerja mereka. Sentiasa jaga kebersihan dan elakkan daripada berlaku krisis antara satu sama lain.