Soalan Wajib Tanya Oleh Jobseeker Sebelum Tamatkan Interview, Tambah 'Extra Points!'
# Pengetahuan Interview

Soalan Wajib Tanya Oleh Jobseeker Sebelum Tamatkan Interview, Tambah 'Extra Points!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 14, 2021
pada 8:10 AM

Antara proses yang perlu dilalui oleh seseorang calon sebelum betul-betul diberikan tawaran kerja semestinya proses interview. Bagi yang dah berpengalaman, mereka pasti tahu bentuk soalan yang ingin ditanya oleh interviewer semasa interview nanti. Tapi, calon bukan saja perlu berlatih cara untuk menjawab soalan yang ingin ditanya oleh interviewer, tetapi calon juga perlu prepare soalan untuk ditanya kepada interviewer. 

Hm, tak pernah terfikir kan? Jadi, korang tahu tak apa soalan yang sesuai ditanya bila di hujung interview nanti? Bukan setakat tanya gaji atau waktu operasi kerja je tau! Kali ini Maukerja akan kongsi 3 soalan yang sesuai ditanya ketika di akhir interview. 

 

 

1. Perlu lapor diri & bekerjasama dengan siapa?

Sebelum diterima bekerja, kita mesti nak tahu siapa team mates yang satu department dengan kita kan? Bukan apa, sekurang-kurangnya kita boleh dapat gambaran kita akan bekerja dengan siapa nanti. Selain itu, korang juga boleh tanya siapa team leader untuk department tersebut supaya senang nanti nak lapor diri.

 

 

2. Apa yang diharapkan untuk mencapai KPI? 

Ini antara soalan penting yang calon perlu tanya sebab ia boleh beri gambaran jelas tentang situasi kerja yang kita bakal hadapi nanti.  Bila calon tanya begini, interviewer pun nampak yang korang ni serious tentang kerja yang korang bakal hadapi nanti. Korang pun boleh nilai sama ada KPI atau target yang ditetapkan tu mampu dicapai nanti ataupun tak. Penting tau!

 

 

3. Apakah kriteria calon yang sesuai untuk jawatan ini?

Calon perlu fahami daripada sudut pandangan interviewer semasa mengisi jawatan yang ingin dimohon.  Bila kita kemukakan soalan begini, interviewer pun boleh tahu yang kita sedang mengukur kesesuaian diri kita sama ada kita mencapai kriteria yang diinginkan ataupun tak. 

 

 


 

Tonton Video Selanjutnya Di Sini: