Pengambilan Besar-Besaran Guest Experience Leader & STAR McD! 'Income' Hingga RM1,600 Di N.Sembilan, Bonus 4X Setahun!
# Jenis Pekerjaan

Pengambilan Besar-Besaran Guest Experience Leader & STAR McD! 'Income' Hingga RM1,600 Di N.Sembilan, Bonus 4X Setahun!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 17, 2019
pada 2:13 PM

Adakah korang berminat dalam bidang customer service? Suka berinteraksi dengan orang ramai? Mempunyai keyakinan yang tinggi semasa berkomunikasi?

Kerja ini memang sesuai untuk korang! Mesti ramai yang ingat McDonald's cuma ada jawatan sebagai Kru, kan? Korang silap! Di McDonald's, terdapat DUA jawatan kosong selain daripada Kru iaitu Guest Experience Leader dan Store Activities Representative (STAR). Apa tugas bagi kedua-dua jawatan ni?

Korang akan lebih banyak berinteraksi dan melayan pelanggan iaitu semasa membuat pesanan menggunakan order machine dan juga mengendalikan aktiviti untuk majlis hari jadi dan sebagainya. Memang betul-betul fun! 

Bagi Guest Experience Leader, pendapatan dari RM1,600 termasuklah pelbagai manfaat tambahan menarik seperti bonus 4X setahun, makan FREE, elaun OT dan banyak lagi. Bagi yang berminat untuk mohon jawatan Store Activities Representative (STAR) pula, tawaran pendapatan bagi Full Time adalah dari RM1,200 - RM1,400

Kekosongan adalah di sekitar Negeri Sembilan. Jadi bagi yang tinggal di sini, bolehlah mohon kekosongan kerja yang ditawarkan seperti di bawah:

 


 

[Pendapatan Dari RM1,600 | Bonus 4 Kali Setahun | Makan FREE]

 

Kelayakan

  • Berumur 19 tahun atau ke atas
  • Permohon mestilah warganegara Malaysia atau berstatus Permastautin Tetap
  • Minimum SPM atau 2 tahun pengalaman bekerja

 

Tanggungjawab

  • Anda merupakan Guest Experience Leader dan sentiasa berinteraksi dengan para pelanggan.
  • Anda perlu mengendalikan aktiviti untuk keluarga pada setiap hujung minggu.

 

Manfaat Tambahan

  • Pendapatan bulanan dari RM1,600
  • Bonus 4 kali setahun
  • Kenaikan pangkat ke Assistant Manager dalam masa singkat.
  • Makanan Percuma
  • Perubatan Percuma
  • Uniform Percuma
  • Kenaikan Gaji Tahunan.
  • Cuti Tahunan.
  • Insurans berkelompok & kemalangan.
  • Elaun Kerja Lebih Masa (OT)

 

 


 

[Full time - Dari RM1,200 - 1,400 sebulan | Part-time - RM5.30 - RM6 sejam]

 

Kelayakan

  • Berumur 19 tahun atau keatas
  • Permohon mestilah warganegara Malaysia atau berstatus Permastautin Tetap.

 

Tanggungjawab

  • Berpesonaliti menarik, bertenaga dan berkelakuan positif.
  • Mengendalikan majlis untuk keluarga seperti jamuan harijadi dan sebagainya.
  • Memberikan layanan yang pantas dan mesra.

 

Manfaat Tambahan

  • Pendapatan bulanan dari RM1,200 - RM1,400
  • Bonus 4 kali setahun
  • Kenaikan pangkat ke Assistant Manager dalam masa singkat.
  • Makanan Percuma
  • Perubatan Percuma
  • Uniform Percuma
  • Kenaikan Gaji Tahunan.
  • Cuti Tahunan.
  • Elaun Kerja Lebih Masa (OT).  

 

 


 

SEMAK SENARAI LOKASI KERJA

 

1) Lokasi Kerja Seluruh Negeri Sembilan

 

 


 

Korang memiliki kriteria berikut? 

Kali ni peluang bukan untuk full time je tau, ada kekosongan untuk part time jugak!

Jadi mohonlah sekarang!