


by Ehsan

Haziqah Nurul Huda binti Harun (VictoryYaya), 23 tahun, menetap di Kemaman, Terengganu. Dilahirkan normal namun pada hujung tahun 2011 disahkan lumpuh separuh badan hingga ke bawah. Rasa tertekan namun jka terus bersedih dan terfikir-fikir boleh menjadi murung.
Tidak suka menjual kekurangan dan tidak suka menjadi 'PENGEMIS' malah mengusahakan makanan halal 'MOONCAKE' kerana melihat pasaran 'MOONCAKE' yang halal tidak banyak di pasaran agar semua orang boleh makan dan generasi seterusnya kenal akan kuih bulan ni.

Bermodalkan RM300, tempahannya setiap hari mencecah 300-400 parcel dan boleh capai sehingga RM 50K. Tanpa memberitahu kepada umum bahawa dirinya seorang OKU. "Bila kita nak berkembang dalam kerjaya, akan ada tentangan, kawan boleh lawan juga, Yaya hanya mencari kenalan dalam bisnes untuk bantu bangunkan syarikat Yaya"
Tahun 2017, tiada kilang lagi namun mengalami kerugian hampir RM40K untuk bahan mentah, sehingga Yaya menangis namun penuh azam untuk terus maju dan 'MOONCAKE'-nya telah pun masuk ke Singapura dan seluruh Malaysia.
"Dalam kehidupan kita, kita kena cuba dari tangga satu sehingga ke tangga atas sekali. Sekolah pun tak tinggi, lepastu tuba-tiba nak buat bisnes. Saya tak belajar tinggi ke, itu semua bukan urusan orang lain. Itu semua urusan saya Yang paling penting saya tahu dekat mana saya nak capai ilmu saya".
"Selagi tak ubah diri kita, buang ego kita, supaya kita boleh menapak satu per satu anak tangga, pengalaman kita boleh raih, boleh belajar. Cuma kesanggupan mereka untuk bersama dengan syarikat di waktu jatuh dan waktu naik".
Menurutnya lagi: "Yaya percaya satu perkara, Allah tarik satu dan Allah berikan sepuluh nikmat yang lain iaitu, mungkin sesuatu yang tidak dijangka. Rezeki ada dimana-mana, yang paling penting kita kena usaha untuk dapatkannya".
Liku-liku kehidupan Yaya membuatkannya lebih kuat untuk menempuhi perjalanan kehidupan dan tidak menjadikan lumpuh sebagai alasan untuk tidak berjaya.