Seluruh dunia menggunakan digital dalam pelbagai urusan, boleh dikatakan semuanya mahukan online seperti membeli barang, menempah hotel, hiburan dan pengangkutan.


by Aidil Aizuddin
Seluruh dunia menggunakan digital dalam pelbagai urusan, boleh dikatakan semuanya mahukan online seperti membeli barang, menempah hotel, hiburan dan pengangkutan.
Malah semua peringkat umur bermain atau mahir dengan digital sama ada remaja, orang tua, kanak-kanak mahupun bayi berumur 2 tahun ke atas.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di China mengalami masalah pengelihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya.
Ini kerana mangsa kerap diberi bermain dengan telefon pintar dan menonton kartun setiap hari. Tong Tong, hanya akan duduk diam jika diberi menonton kartun di smartphone oleh penjaganya.

Doktor pakar oftalmologi memberitahu ibu bapa Tong Tong yang mereka sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil atau anak mengalami masalah pengelihatan (rabun) bila usia meningkat dewasa.

Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata untuk memperbetulkan semula pengelihatannya.
Sumber: Setn, World of Buzz