Program Sambung Belajar McDonalds (SLDN) Yuran Ditaja 100% (KL, Selangor, JB & Penang)
# Jenis Pekerjaan

Program Sambung Belajar McDonalds (SLDN) Yuran Ditaja 100% (KL, Selangor, JB & Penang)

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 11, 2020
pada 1:11 PM

Bayangkan jika ada tempat belajar yang fully sponsor yuran pengajian, JAMINAN TERUS DAPAT KERJA selepas tamat program SLDN, elaun disediakan setiap bulan dan hostel disediakan? Alangkah seronoknya! Bukan tu je tanggungan makan disediakan sekali semasa latihan. Untuk adik-adik yang sedang survey tempat belajar, apa kata anda sambung belajar menerusi Program Perantis Sistem Latihan Dual National (SLDN) anjuran McDonald's bernilai RM30,000, 100% ditaja sepenuhnya dan permohonan terbuka seluruh MALAYSIA (Pengajian di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang & Johor Bahru)

Tiada sebarang yuran pengajian dikenakan, semuanya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat! Bukan saja keistimewaan dari segi yuran, malah anda turut diberikan makanan PERCUMA ketika waktu latihan, setiap bulan korang akan diberikan elaun sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan banyak lagi!

Lokasi pengajian adalah di KL / Selangor, Johor Bahru dan Penang.

 


 

Perantis Skim Latihan Dual Nasional (SLDN)

 

Apa Itu Perantis SLDN?

  • Program pendidikan selama 18 bulan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran di dalam kelas (30%) & praktikal (70%) di syarikat penajaan dalam Kursus Penyediaan Makanan & Layanan. Selepas program selesai, perantis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 & 3. 

 

Syarat Kelayakan

  • Berumur 17 tahun dan ke atas

  • Mempunyai kelayakan akademik PMR/SPM atau setaraf

  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan

  • Warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap

  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira

  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan

  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan inggeris

  • Mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga

 

Manfaat- Manfaat Program ini :-

✅ Elaun Bulanan RM1200
✅ Sijil SKM Tahap 2 & 3 dalam Kursus Penyediaan Makanan & Layanan (Ditaja 100%)
✅ JAMINAN DAPAT TAWARAN KERJA BERSAMA McDONALD'S selepas Tamat Program SLDN
✅ Hostel Selesa Disediakan
✅ Faedah Perubatan
✅ Pelindungan Insuran
✅ Makanan Percuma
✅ Kursus Keselamatan Makanan (Training)
✅ Suntikan Typhoid PERCUMA

 

Video: Majlis Konvokesyen Program Perantis Vokasional McDonald’s 4 Mac 2020

Sumber

Sijil Kemahiran Yang Bakal Diberikan

  • Sekiranya anda berjaya menamatkan program ini, anda akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Perkhidmatan Makanan (Food Services).

Senarai Tawaran Kursus

  • Pelatih akan dibahagikan kepada dua kursus pembelajaran iaitu Penyediaan Makanan dan Layanan & Pentadbiran, berikut adalah bab pembelajaran untuk semua pelatih:

 

(A) Penyediaan Makanan & Layanan :

  • Fast Food Safety - Health & Hygiene Practices
  • Fast Food Equipment Fire Up Activities
  • Fast Food & Beverages Preparation
  • Fast Food Customer Support Services
  • Fast Food Catering & Events Activities
  • Fast Food Cashiering Handling
  • Fast Food Product Receiving & Storing
  • Fast Food Deliveri Activities

 

(B) Pentadbiran :

  • Fast Food Administrative Operations
  • Fast Food Quality Control
  • Handling Customer Complaint In Fast Food Services
  • Fast Food Cash Controlling

 

Peluang Kerjaya Setelah Tamat Belajar!

  • Berbeza dengan program lain, program SLDN ini membolehkan anda memperoleh ilmu di samping mendapatkan kerjaya selepas tamat pengajian.

 


CARA UNTUK MOHON MELALUI WHATSAPP

>> Whatsapp (HR) <<


 

 


 

Segera daftarkan diri anda & ikuti program sambung belajar secara PERCUMA di sini!

Pelbagai manfaat yang disediakan.

Memang sangat berbaloi!

Daftar segera!