Ramai Netizen ''Salute'' KKM Saman Perokok Yang Melanggar Undang-Undang
# Gaya Hidup

Ramai Netizen ''Salute'' KKM Saman Perokok Yang Melanggar Undang-Undang

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 7, 2020
pada 3:59 PM

BERMULA 1 Januari larangan merokok di kedai-kedai makan dan tempat awam mula dikuatkuasakan kembali seketat-ketatnya.  Mana-mana individu yang degil akan disaman dan dikenakan denda sekiranya merokok ditempat larangan.

Baru-baru ini tular gambar dimuat naik oleh Sukan Star Tv memaparkan gambar penguatkuasa sedang sama orang awam yang merokok di premis makanan. Rata-rata netizen menyambut baik peraturan baru yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dan berharap perkara ini berterusan sampai bila-bila.

 

 

Perkara ini turut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri melalui laman Facebook rasmi mereka. Untuk pengetahuan korang sesiapa yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.