WABAK VIRUS WUHAN
![[WAJIB TAHU], Ini Cara Sebenar Elak Keluarga Anda Terkena Virus Corona - WUHAN!](https://files.ajobthing.com/images/mkrb-blog/2020/01/20200126083326-big.jpeg)

by Aidil Aizuddin
WABAK VIRUS WUHAN
China telah mengesahkan Novel Coronavirus boleh berjangkit dari manusia ke manusia. Virus baru seperti ini biasanya berasal dari haiwan dan menjangkiti manusia apabila ada sentuhan atau daging yang telah tercemar dimakan.
Di Wuhan, jangkitan virus tersebut berpunca dari South China Seafood Wholesale Market. Di pasar tersebut, selain ikan, ada haiwan lain termasuk ular, kelawar, arnab dan ayam.
Penemuan terbaharu itu menambahkan lagi kerisauan kerajaan China menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyaksikan jutaan rakyatnya akan bergerak ke setiap wilayah di negara itu.

.
Sehingga semalam (20 Januari 2020)
✅ 222 individu telah disahkan dijangkiti
✅ Selain China, negara yang telah mengesahkan kes positif adalah Jepun, Korea dan Thailand.
✅ 3 kematian setakat ini
Di Malaysia, KKM telah meningkatkan kawalan keselamatan dan mengaktifkan semua alat pengukur suhu badan manusia di pintu masuk utama antarabangsa
Saringan kesihatan di klinik dan hospital juga dipertingkatkan terutama melibatkan individu yang baru pulang dari negara China.