BE CAREFUL! 14 Negara Kini Telah Dikesan Terkena Coronavirus-Wuhan! Antara Tersenarai...
# Gaya Hidup

BE CAREFUL! 14 Negara Kini Telah Dikesan Terkena Coronavirus-Wuhan! Antara Tersenarai...

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 26, 2020
pada 3:05 AM

Melalui Facebook milik Dr Wan Azizah Wan Ismail beliau menyatakan Virus Corona telah dikesan merebak hampir ke 14 buah negara semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas berkaitan kluster penyakit Coronavirus nCoV tersebut.

Antara negara yang tersenarai: China, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, MALAYSIA,  USA,  Thailand. Lepas ni mana lagi????

"Petang tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas berkaitan kluster penyakit Coronavirus nCoV yang telah dikesan di Wuhan, China yang kini telah merebak ke lebih 14 negara"

Di dalam mesyuarat ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa situasi semasa kluster penyakit Koronavirus di Malaysia adalah terkawal, di mana KKM berkerjasama rapat dengan World Health Organisation (WHO) dan Kementerian Kesihatan negara-negara jiran berhubung kluster penyakit ini.

Kerajaan sentiasa peka dan mengambil segala langkah tegas bagi menangani penyakit ini dari terus merebak.