Ini 7 Perkara "WAJIB" Patut Korang Amalkan! Supaya Tidak Dijangkiti Coronavirus
# Trending Semasa

Ini 7 Perkara "WAJIB" Patut Korang Amalkan! Supaya Tidak Dijangkiti Coronavirus

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Setelah tularnya tentang wabak Coronavirus Wuhan, pastinya ramai yang risau dan takut. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas. 

Seorang individu yang mengembara seluruh China & Hongkong semasa wabak SARS. Disana dia sempat  menemuramah orang yang dijangkiti virus, doktor dan jururawat yang merawat pesakit.

Dirinya tidak terasa bimbang sekiranya terkena virus tersebut kerana dia mengetahui langkah-langkah percegahan yang patut diambil.

1.Kelur rumah pakai glove

Pastikan anda memakainya ketika di dalam pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas. Ini kerana, di dalam pengangkutan awam terdapat macam-macam jenis pengguna yang menggunakannya.

2.Jangan sentuh muka atau mata sekiranya tidak membasuh tangan

Jauhkan dari menyentuh muka sebelum basuh tangan. Sebelum memakai sarung tangan, pastikan anda cuci tangan menggunakan sabun sehingga bersih.

3.Tukar sarung tangan setiap jari atau basuh dengan betul serta elakan pakai sarung tangan basah

Elakkan memakai sarung tangan yang lembap atau basah. Juga, sentiasa basuh supaya sentiasa kekal bersih. Sarung tangan lembap akan menarik habuk dan virus.

4. Tidak memakai masks yang sama kerana kandungan bakteria cepat merebak melalui penafasan mulut dan hidung yang kotor.

Jangan ulang memakai mask muka yang sama untuk berhari-hari. Ini kerana, mask muka yang dah digunakan telah menarik bakteria. Jika seseorang batuk atau bersin berdekatan anda, minta mereka jauhkan diri daripada anda ataupun anda jauhkan diri dari mereka.

5. Tidak berkongsi tuala dan sentiasa dalam keadaan bersih

Di rumah, pastikan tuala yang digunakan bersih dan cuci tuala sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jangan kongsi tuala anda dengan ahli keluarga anda yang lain. Tuala yang lembap akan menarik bakteria dan virus.

6.Buka pintu guna siku atau bahu sekiranya terpaksa dan tiada sarung tangan/ kalau ada pakai sarung tangan atau bersih tangan selepas buka pintu

Jika boleh, elakkan gunakan tangan untuk memegang pemegang pintu, seeloknya gunakan siku untuk menjaga kebersihan. Kerap bersihkan pemegang pintu untuk pastikan tidak dijangkiti bakteria dan virus.

7.Jangan kongsi bekas makanan tidak kira sama ada sudu atau pengepit makanan.

Jika anda berkongsi makanan, asingkan sudu untuk mengambil lauk untuk diletakkan ke dalam pinggan anda. Basuh sudu dan perkakas makanan hingga betul-betul bersih. Ini sangat penting kerana sudu tersebut akan dimasukkan ke dalam mulut dan boleh elakkan transmission.