Duit Rosak & Koyak Jangan Buang, Boleh Tukar, Ada Nilai Weh!
# Gaya Hidup

Duit Rosak & Koyak Jangan Buang, Boleh Tukar, Ada Nilai Weh!

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 28, 2020
pada 4:50 PM

Ada simpan duit kertas rosak dekat rumah? Jika ya, jangan dibuang! Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia.


BNM menerima duit terbakar, terkoyak, berlubang, kotor/lusuh, kecut, dimakan anai-anai, luntur warna, cacat, hilang ciri-ciri keselamatan dan banyak lagi.

Pegawai BNM yang bertauliah akan menilai berpandukan spesifikasi yang berikut:
- FULL VALUE (NILAI PENUH): melebihi 2/3 daripada saiz asal
- HALF VALUE (NILAI SEPARUH): kurang daripada 2/3 tetapi melebihi 1/2 daripada saiz asal
- NO VALUE (TIADA NILAI): kurang 1/2 daripada saiz asal

Jika cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.