4 Jenis Pencuri Yang Wujud Di KLCC


by Aidil Aizuddin
4 Jenis Pencuri Yang Wujud Di KLCC
Pagi ini dapat peluang berjumpa dengan bekas Ketua Keselamatan Suria KLCC (Abg F). Banyak yang dapat kami belajar tentang pengurusan pusat membeli belah dan juga modus operandi penyeluk saku dan pencuri di KLCC.
Jadi, hari ini kami nak kongsi beberapa kaedah yang penyeluk saku gunakan:
1. Filipino
Memeranjatkan, rupa-rupanya ramai penyeluk saku dari tanah Pangako Sayo berlegaran di KLCC. Saya dan keluarga pun pernah hampir diseluk tapi mama sempat sergah orang tu dulu.
Penyeluk saku Filipina akan berjalan dalam kumpulan dan kepung anda.
Yang depan berjalan perlahan, bagi anda terlanggar mereka, membantutkan pergerakan anda.
Yang di belakang pula akan seluk beg anda dan kemudian akan serahkan barang kepada geng yang berada di belakang mereka.
Penyeluk yang pegang barang pula akan berjalan ke tempat lain.
Bila anda menyalahkan mereka, barang sudah tidak ada dengan mereka. CCTV pun tidak dapat merakam siapa yang ambil.
Aktiviti mereka selalu dilakukan di eskalator.
2. Wanita Arab
Penyeluk saku wanita Arab selalunya akan melakukan operasi mereka di kedai kasut.
Apabila anda duduk untuk mencuba kasut, beg selalunya diletakkan di sebelah.
Biasanya apabila perempuan sudah mula cuba kasut, maka keselamatan beg, anak dan suami akan dilupakan.
Pada masa inilah, si penyeluk saku wanita mengambil peluang untuk menyeluk beg anda.
3. Lelaki Arab
Lelaki Arab kuat pukau katanya.
Mereka cari mangsa dari kalangan penjual.
Bila mereka ke kedai, mereka akan keluarkan duit negara sendiri lalu minta untuk tengok duit Ringgit Malaysia.
Penjual Malaysia nak tunjuk ramah, lalu tunjuklah contoh-contoh wang ringgit. Tetapi apabila sahaja si penjual pegang duit si perompak, tahu-tahu penjual sudah kena pukau.
4. Mat Hitam
Mat hitam ni memang manis ayatnya.
Modus operandi mereka adalah cari wanita naif dan mulakan perbualan.
Mereka akan tanya, tanya dan tanya untuk melengahkan masa. Ataupun mereka akan menaburkan kata-kata manis untuk mencairkan hati si wanita naif tersebut.
Selalunya, apabila pihak keselamatan yang bertugas nampak perbualan berlanjutan lebih daripada 5 minit, mereka akan masuk campur perbualan tersebut.
Harap perkongsian ini bermanfaat bagi kaki lepak KLCC atau mana mana pusat beli-belah yang lain. Semoga keselamatan anda sentiasa terjaga semasa membeli-belah. Insiden yang berlaku hanya akan potong mood anda untuk membeli-belah.
Kredit: Ainal Maryam