Tengok Ni 30 Orang Calon Mohon Kerja, Majikan Ini Huraikan 5 Kategori Kesalahan Yang Mereka Lakukan
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Tengok Ni 30 Orang Calon Mohon Kerja, Majikan Ini Huraikan 5 Kategori Kesalahan Yang Mereka Lakukan

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Nov 4, 2021
pada 8:34 AM

Banyak perkongsian daripada Ir Meor Shamshir ini, beliau banyak menceritaka masalah dan cara-cara yang berkaitan dengan perihal dunia pekerjaan. Sebagai seorang majikan, kami pasti bahawa segala ajaran yang beliau berikan ini boleh dijadikan rujukan. 

Baru-baru ini, beliau ada membuka peluang pekerjaan dan sebanyak 30 orang calon yang telah memohon untuk jawatan tersebut. Namun tak sampai 10 orang pun dipilih untuk penilaian. Mengapa? Baca perkongsian yang penuh bermanfaat ini.

Saya Bahagikan Mereka Kepada 5 Kategori Kesalahan

SOFT SKILLS

Daripada 30 orang pemohon, saya bahagikan mereka kepada 5 kategori kesalahan:

1. Kesalahan subjek.
2. Kesalahan ayat rayuan.
3. Kesalahan tidak pdf resume.
4. Tiada kesalahan.
5. Semua kesalahan

Daripada 30 orang pemohon, 8 orang atau 27% pemohon tidak mempunyai kesalahan dan layak untuk diteliti resume mereka.

 

 

Daripada 30 orang pemohon, kesalahan paling ketara adalah kesalahan pada ayat rayuan seramai 20 orang atau 67%.

 

 

Manakala kesalahan tidak pdf resume pula adalah seramai 15 0rang atau 50% daripada pemohon.

Kesalahan Subjek Adalah Paling Sedikit Iaitu 8 Orang Atau Mewakil 27% Daripada Pemohon.

6 Pemohon Mempunyai Ketiga-Tiga Kesalahan Yang Merangkumi 20% Pemohon.

Daripada pemerhatian ini, didapati 1 daripada 3 pemohon tidak mempunyai masalah mental dan layak dipanggil untuk ditemuduga.