Ini Tip Susun Fail & Cara Respon Untuk Korang Yang Nak Pergi Temuduga SPA Lepas Ni
by Aidil Aizuddin
Feb 4, 2020
pada 12:49 PM
Semasa Temuduga Ini Korang Perlu Lakukan
Baca Bismillah for muslim.
Ketuk pintu at least 3 kali.
Ada orang kata tunggu panel suruh masuk baru masuk. Tapi aku buka pintu sikit tengok panel, then baru masuk.
Serah fail,resume dan salinan sijil akademik pada panel yang paling hampir dengan pintu. Nanti aku ajar susun fail.
Duduk tegak, punggung je rapat dengan tempat sandar. Badan tegak.
Kaki pun lurus, jangan silang kaki. Tangan letak atas riba. Duduk bertenang.
Jawab soalan dengan yakin. Pastikan study dulu. Boleh tanya kawan korang yang pernah temuduga dengan SPA.
Suara kena jelas, ayat tersusun dan pastikan conversation antara korang dengan panel berterusan. Jangan aaaaa emmmm lama sangat.
Muka kena ceria. Jawab soalan pun dalam keadaan senyum okay.
Resume Anda Mesti Ada Gambar
Selepas resume, Salinan ic dan sijil kelahiran. Walaupun dalam emel, SPA tak suruh korang buat pengesahan, tapi korang kena juga buat. Apa senior aku cakap, semua dokumen yang telah phostostat mestilah ada cop diakui sah. Gred jawatan 41 dan ke atas.
Kepilkan resume bergambar bersama salinan yang dah cop diakui sah iaitu ic, surat beranak, PMR (aku letak je walaupun tak minta), sijil SPM (sijil ye bukan slip, lain tau), STPM/DIPLOMA, transkrip diploma, degree, transkrip degree dan MUET.
Resume bergambar dan salinan dokuman bercop dan fail sahaja yang dibawa masuk dalam bilik temuduga sebab kalau panel 2 orang, sorang tengok fail, sorang lagi tengok resume bergambar dan salinan dokumen tadi.