Hampir 90% Lakukan Kesalahan Sama, Ini Punca Kenapa Jobseeker Kenapa Tak Dapat Kerja
# Gaya Hidup

Hampir 90% Lakukan Kesalahan Sama, Ini Punca Kenapa Jobseeker Kenapa Tak Dapat Kerja

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Masalah yang sering dihadapi oleh jobseeker sekarang adalah, keadaan proses merekrut yang amat tegas sekali terhadap majikan. Cara mejikan membuat penilaian yang begitu cerewet telah mejadi punca para job seeker yang berbakat sekalipun susah untuk mendapat kerja. 

Apabila menghantar permohonan kerja dalam talian, ia bak 'pungguk rindukan bulan' untuk mendapat respon. Cara lebih baik adalah berurusan terus secara langsung dengan majikan.

Oleh kerana pasaran bakat yang begitu sukar untuk dikemudi hari ini, ia adalah lebih penting kepada job seeker untuk berikan yang terbaik pada diri mereka setiap kali memohon kerja.

Agak mengecewakan jika kerja yang diunggu-tunggu selama ini bukan milik kita, tapi tak boleh nak buat apa kalau job seeker sendiri yang tak ada inisiatif untuk membuat penyelidikan sebelum interview dan mengubah resume sebelum menyerahkannya kepada majikan!

Jika anda sekarang tengah cari kerja, inilah masa untuk ubah apa yang patut kerana 10 kesilapan ini 90% jobseeker selalu lakukan.

1  Meraka tidak 'brand' kan diri mereka sendiri

2. Cari kerja tapi tak tahu apa nilai diri mereka terhadap majikan

3. Bergantung pada hanya satu kaedah sahaja dalam mencari kerja

4. Abaikan segala 'network' yang dia ada

5. Pakai resume yang sama untuk mohon kerja semua tempat, Mereka tak ubah.

6. Tidak membuat kaji selidik mengenai syarikat sebelum interview

7. Mereka membiarkan majikan yang carikan jawatan untuk mereka daripada cari sendiri

8. Mereka mengambil tawaran pekerjaan pertama mereka dapat, tidak kira walaupun ia mengecewakan — dan kemudian mereka tidak cari lagi sehingga pekerjaan itu hilang/dibuang kerja!

9. Lupa bahawa bukan semua majikan 'deserve' dengan 'talent' mereka.

Ini alaf baru sekarang. Kita sendiri yang menentukan hala tuju kerjaya kita! Kerjaya adalah satu perniagaan. Fikirkanlah: kerjaya anda akan menjana banyak hasil berbanding 'pekerjaan'.

Jika kita sendiri tak pandai mengendalikan perjalanan kerjaya kita, takkan ada orang yang akan membantu. Kalau dulu kita kerja lama, majikan akan sayang dan 'jaga' kita dan bantu untuk pembangunan kerjaya. Tapi kini, semua itu dah tak wujud dan takkan terjadi lagi. Terlalu banyak syarikat yang akan 'downsizing' pekerja kerana faktor yang tak dapat dielakkan.