Pergi wayang kebanyakan wajib beli popcorn kan? sebab kenikmatan mengunyah sambil melayan movie itu jadi lebih awesome. Tapi,pasti ada daripada anda yang sering kehabisan popcorn sebelum filem ditayangkan lagi.

by Aidil Aizuddin

Jangan bersedih. TGV kini menawarkan kepada anda dua tawaran hebat iaitu popcorn bucket dan tumbler yang membolehkan anda isi semula popcorn dan minuman anda.
Peh dengar cukup berbaloi kan korang dapat harga istimewa untuk isi popcorn & minuman dengan harga RM5.90 sahaja.
Mudah sahaja untuk mendapatkan harga tersebut, anda hanya perlu membawa popcorn bucket dan tumbler anda setiap kali ingin membuat isian semula.
Adalah diingatkan bahawa promosi pengisian semula berharga RM5.90 ini hanya tersedia untuk Hollywood Popcorn sahaja dan promosi ini tamat pada 29 Februari 2020.
Anda boleh mendapatkan popcorn bucket dan tumbler isian semula ini dengan ke cawangan TGV berdekatan anda dengan hanya RM29.90 sahaja dan anda boleh menikmati isian semula seterusnya pada harga yang di tetapkan. Difahamkan, anda boleh membuat pengisian semula pada bila-bila masa sepanjang tahun.