Wajib Tahu! Hak Korang Tuntut Jika Diberhentikan Tanpa Alasan Dalam Tempoh 24 Jam
# Gaya Hidup

Wajib Tahu! Hak Korang Tuntut Jika Diberhentikan Tanpa Alasan Dalam Tempoh 24 Jam

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Feb 5, 2020
pada 2:54 PM

Macam mana kalau majikan hentikan pekerja tanpa notis 24 jam, tanpa alasan yang munasabah, tanpa diberikan baki gaji atau apa-apa faedah penamatan? Korang sudah bekerja lebih setahun di syarikat itu dan begitu je majikan hentikan macam korang tiada nilai langsung. Jika ianya terjadi kepada korang atau kenalan, jangan berdiam diri! Korang boleh buat aduan di Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan untuk dapatkan tuntutan.

Kalau majikan mahu hentikan korang, ada satu perkara yang wajib ada dan baru valid kalau diberhentikan iaitu notis. Notis adalah perlu dalam bentuk bertulis dan perlu diserahkan oleh majikan kepada pekerjanya. Notis beberapa bulan itu bergantung kepada kontrak perkhidmatan yang telah dipersetujui oleh majikan serta pekerja  pada waktu mula masuk kerja lagi. 

 

1. Gaji ganti notis

Di Pejabat Tenaga Kerja, notis berhenti ini digelar sebagai Gaji Ganti Notis. Jadi, jika majikan mahu hentikan korang, surat ganti notis perlu diberikan dan kandungannya mesti mencukupi seperti yang terkandung dalam kontrak kerja. Sebagai contoh, jika 1 bulan yang terkandung dalam kontrak kerja, maka mestilah 1 bulan notis dan sebaliknya.

Majikan mesti patuh dan perlu berikan notis 1/2 bulan awal untuk memaklumkan penamatan perkhidmatan. Jika majikan gagal berikan apa-apa notis, korang punyai hak untuk tuntut 1/2 bulan gaji ganti notis dan ianya bergantung juga pada kontrak kerja korang. Tapi kalau tidak terkandung, boleh rujuk undang-undang ini:

 

Akta Pekerja 1955 Seksyen 12. Notis Penamatan Kontrak

1) Mana-mana pihak dalam kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberi notis kepada pihak yang satu lagi hasrat beliau untuk menamatkan kontrak itu daripada perkhidmatan. 

2) Panjang notis itu hendaklah sama untuk kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditentukan oleh peruntukan yang dibuat secara bertulis bagi notis itu dalam terma kontrak perkhidmatan atau, dalam ketiadaan peruntukan sedemikian secara bertulis hendaklah tidak kurang daripada:

 

i) Notis empat (4) minggu jika pekerja itu bekerja sedemikian kurang daripada dua (2) tahun pada tarikh notis itu diberikan

ii) enam (6) minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua (2) tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima (5) tahun pada tarikh itu

iii) Lapan (8) minggu notis jika telah bekerja sedemikian selama lima (5) tahun atau lebih pada tarikh yang ditetapkan. Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh diambil untuk mengelakkan sama ada  pihak daripada melepaskan haknya untuk notis di bawah seksyen ini

 

Jika baki gaji tidak diberikan sewaktu pemberhentian berlaku, anda boleh buat tuntutan bersama Gaji Ganti Notis. Contoh pengiraan:

 

Gaji terakhir adalah RM2,000, dan diberhentikan pada Ogos 2017. RM2, 000/31 (jumlah hari dalam bulan Ogos) = RM65.00

Jika sudah bekerja lebih daripada 2 tahun, tetapi kurang daripada 5 tahun makan notis adalah 6 minggu. 

6 minggu = 7 hari seminggu X 6 = 42 hari

= RM65 X 42 hari = RM2, 730 layak untuk diterima sebagai gaji ganti notis.

 

2. Faedah penamatan kerja

Jika korang suah bekerja satu tahun dan diberhentikan kerja oleh majikan, ada satu lagi perkara yang boleh dituntut dan ianya memang hak korang iaitu Faedah Penamatan Kerja. Formulanya adalah seperti berikut:

 

i) Jika bekerja 1 tahun tetapi kurang daripada 2 tahun, layak dapat 10 hari gaji dalam setahun

ii) Jika bekerja 2 tahun sehingga 5 tahun, layak dapat 15 hari gaji dalam setahun

iii) Jika bekerja lebih 5 tahun, layak dapat 20 hari gaji dalam setahun

 

Contoh pengiraan: Korang bekerja dari January 2005 dan dibuang pada 31 Disember 2010, korang layak dapat 20 hari gaji.

Katakan gaji sehari adalah RM100, maka

RM100 X 20 hari gaji X 6 tahun = RM12,000 layak tuntut sebagai Faedah Penamatan Kerja.