Percaya Tak? Daripada Premis Bank Kini Bertukar Kepada Kedai Buku! Siap Ada Bilik Kebal Lagi!
# Gaya Hidup

Percaya Tak? Daripada Premis Bank Kini Bertukar Kepada Kedai Buku! Siap Ada Bilik Kebal Lagi!

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Sebut sahaja kedai buku, semestinya tergambar sebuah premis yang diisi dengan pelbagai bahan bacaan seperti majalah, buku-buku ilmiah, buku rujukan dan menjual alat tulis. Premis pula biasanya terletak di bangunan rumah kedai atau pun di dalam pusat beli belah. 

Bagaimana pula jika kedai buku fizikalnya bukan sedemikian, sebaliknya terletak di dalam bangunan bekas sebuah bank. Lengkap dengan jeriji besi, peti simpanan wang dan bilik kebal macam dalam filem ‘The Bank Job’ lakonan hero Jason Statham. 

Iya benar, kerana kedai buku yang juga premis kesembilan BookXcess yang terletak di Kong Heng Square di Ipoh, Perak dahulunya adalah bank yang sebelum ditutup sekitar tahun 80an. 

BookXcess merupakan pemilik rangkaian kedai buku serta penganjur pesta buku ‘harga runtuh’, Big Bad Wolf (BBW). 

Kong Heng Square yang terletak di Jalan Sultan Yussuff merupakan salah satu lokasi tumpuan pengunjung termasuk pelancong asing ke bandar Ipoh kerana kedudukanya yang berdekatan Concubine Lane dan lain-lain bangunan bersejarah berdekatan. 

Sebelum dijadikan kedai buku, bangunan dua tingkat ini telah diubahsuai tetapi masih mengekalkan seni bina asal. Jadi reka bentuk serta suasana bank lama masih dikekalkan bagi mencipta satu pengalaman baharu kepada orang ramai. 

Tingkat bawah yang dahulunya menempatkan lima bilik kebal telah diubahsuai bagi menempatkan rak-rak buku. Pelanggan boleh memilih buku yang diletakkan di dalam kotak simpanan selamat bank yang telah diubahsuai. 

Berkeluasan kira-kira 33,000 meter persegi ia menawarkan lebih 50,000 buah buku. Ini juga satu-satunya kedai buku seumpamanya di Malaysia. 

Oleh Mohd Zaki Salleh Freelancer Maukerjamy