Belanja Makan RM12 Kepada RM4 Sehari, Lelaki Ini Kongsi Tips Nak Jimat Tapi Kuantiiti Sama
# Gaya Hidup

Belanja Makan RM12 Kepada RM4 Sehari, Lelaki Ini Kongsi Tips Nak Jimat Tapi Kuantiiti Sama

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Feb 12, 2020
pada 11:48 AM

Kita sering merungut kos sara hidup tinggi tetapi masih dengan tabiat makan di luar sebilang masa. Pada hari cuti pun pagi-pagi dah ke kedai mamak kerana sekeping roti canai dan teh ais.

Tengah hari pula ke gerai Mak Cik Yam makan nasi berlauk. Sebab itu orang bujang membelanjakan sekurang-kurangnya RM360 sebulan makan minum dengan andaian kiraan
berbelanja RM12 sehari. Bagi yang selera besar sekurang-kurangnya RM20 sehari.

Sebenarnya, soal makan minum ini boleh dijimatkan sekiranya kita ada lima bahan asas ini untuk memasak di rumah iaitu telur, ikan bilis, kentang, bawang merah dan tepung gandum selain beras dan minyak masak.

Lima bahan asas ini boleh diguna untuk memasak apa sahaja masakan asas misalnya nasi goreng, telur goreng bawang dengan kentang, ikan bilis goreng bersama kentang, telur masak kicap (kena la beli kicap) dan sebagainya. Tepung pula boleh dibuat jemput-jemput ikan bilis atau bawang selain lempeng.

Kos membeli barang-barang ini pun lebih murah berbanding beli set burger di restoran makanan segera. Harga ikan bilis cuma RM4.40 bagi 100 gram, kentang (RM2 seguni kecil), bawang merah (RM3 setengah kg), telur (RM3.40 pek 10 biji) dan tepung gandum (RM1.50 sepeket). Beras pula RM12 bagi pek 5kg manakala minyak masak RM2.50 sepeket.

Jumlah ini memadai untuk makan bagi seorang atau dua orang bujang dengan kos kesemuanya RM28.80 atau RM14.40 seorang. Jika masak di rumah pada hujung minggu bermakna anda berjimat sebanyak RM96 dengan bahan-bahan asas ini. Ia lebih sihat berbanding makan mi segera.
 

Oleh: Freelancer MK Zaki Mohd Salleh