Sukar untuk kita menafikan lagi Sumpah dikategorikan sebagai sang juara pada tahun 2019 pada pentas AJL. Menariknya yang admin nampak adalah solekan nya ala-ala kartun membuat peminat terkejut melihatnya.


by Aidil Aizuddin
Sukar untuk kita menafikan lagi Sumpah dikategorikan sebagai sang juara pada tahun 2019 pada pentas AJL. Menariknya yang admin nampak adalah solekan nya ala-ala kartun membuat peminat terkejut melihatnya.
Untuk pengetahuan solekan kartun itu dibuat sempena dengan klik video official lagu itu yang bertemakan anime. Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah jurusolek dan jurudandan yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan konsep tersebut.
.png)
Ia adalah hasil kreativiti dua jejaka bernama Daniel Syazwan dan Eva Shahrul.
Menurut perkongsian oleh @DanielSyazwan di akaun Twitter-nya, beliau pada asalnya melakukan eksperimen terhadap muka sendiri sambil dinilai oleh rakannya yang juga merupakan guru pendidikan seni.
Dari tempoh sejam 20 minit, mereka berjaya merealisasikan solekan pada Naim Daniel semalam agar siap dalam tempoh sejam 10 minit.

Untuk menjadikan keseluruhan look Naim Daniel semalam sempurna, pakaian yang disarungkan oleh penyanyi itu direka oleh Hatta Dolmat.
Menurut Hatta, “Macam selalu, saya akan melayan lagu penyanyi dulu. Saya terkejut juga dengan konsepnya kerana saya tak pernah buat hand painting di atas pakaian.