Korang Pernah Terfikir, Kenapa Serangga Bila Mati, Badannya Mesti Terbalik, Ini Jawapannya
# Gaya Hidup

Korang Pernah Terfikir, Kenapa Serangga Bila Mati, Badannya Mesti Terbalik, Ini Jawapannya

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Feb 18, 2020
pada 10:59 AM

Adakah anda rasa begitu aneh melihat serangga-serangga tidak kira apa jua spesis seperti lipas, kumbang dan apa sahaja serangga kecil apabila sudah mati akan bertukar posisi terbalik keatas dan bergerak sedikit seperti seakan-akan nazak.

Kebiasaannya, posisi serangga yang biasa jika ingin mati atau sudah mati sudah tentu menunjukkan petanda sistem sarafnya mengalami kegagalan. Ini kerana kebiasaannya, serangga yang hidup sihat akan membetulkan kembali badannya kebawah jika terbalik ke atas.

Apabila seekor serangga sudah hilang keupayaan untuk membetulkan kembali posisi badannya oleh kerana sistem sarafnya yang makin tidak keruan dan gagal akan menyebabkan serangga itu kekal dengan posisi badannya terbalik ke atas.

Serangga dalam keadaan terbalik keatas, ia akan terdedah kepada bahaya dan mudah dilihat para pemangsa, lebih-lebih lagi ia sudah tidak berdaya mencari makan lalu serangga tersebut akan m4ti dengan cepat.

Selain itu beberapa faktor tambahan yang menyebabkan seekor serangga tidak berdaya untuk sedar dan membetulkan posisi badannya yang sudah terbalik keatas adalah kesan dari memakan racun serangga dan disembur oleh racun serangga.