Korang Pilih Yang Mana? Semuanya Mencerminkan Keperibadian Anda Satu Persatu
# Gaya Hidup

Korang Pilih Yang Mana? Semuanya Mencerminkan Keperibadian Anda Satu Persatu

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Feb 18, 2020
pada 2:28 PM

Personality test ataupun ujian personaliti diri sedikit sebanyak dapat membongkar rahsia dan personaliti diri kita. Kadang kala kita sendiri tidak menyedari yang sebenarnya kita memiliki personaliti diri sebegitu, tak kisahlah sama ada dalam bentuk positif mahupun negatif.

Terdapat pelbagai jenis ujian personaliti diri yang boleh kita cuba sama ada ujian daripada segi kerjaya, personaliti diri ataupun matlamat hidup. Bukan admin nak kata personality test ni 100% benar tetapi ia adalah ilmu. Ujian keperibadian pertama telah dibangunkan pada tahun 1920-an dan bertujuan untuk mempermudah proses pemilihan personal.


 

1. Pilihan A
-  Seorang yang kreatif dan mempunyai sisi unik yang membuatkan korang sentiasa nampak menarik. Korang mungkin jenis yang agak tak terbuka orangnya, sebab tulah buatkan orang nak tahu sangat pasal korang. Walaupun korang tak bersikap terbuka dengan orang lain, tapi korang sangat disenangi dengan orang yang rapat dengan diri korang  tu.

2. Pilhan B

-Seorang yang bertoleransi tinggi, mampu menerima pendapat dan idea orang lain walaupun dikritik. Ramai yang sedikit jealous dengan diri korang sebab selalu menjadi perhatian orang lain. Korang sangat mudah nak beradaptasi dengan keadaan sekeliling dalam apa jua situasi. 

3. Pilihan C

-Seorang yang sangat bersemangat dan sangat kelakar orangnya. Korang juga sangat peka dan prihatin dengan situasi di sekeliling. Sangat mudah dan disenangi oleh orang di sekeliling dan sentiasa diperlukan. Korang juga seorang yang sangat bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

4. Pilihan D

-Anda tahu yang kelemahan diri anda itu merupakan penguat semangat untuk anda menjadi lebih berjaya dan maju ke hadapan. Ini kerana anda mempunyai pendirian diri yang kuat dan ini membuatkan anda tidak mudah dipengaruhi oleh orang sekeliling.

5. Pilhan E

-Anda agar sukar untuk meluahkan perasaan, tetapi itu tak bermakna yang anda merupakan seorang yang pemalu. Jika anda diberi peluang atau diminta untuk bercakap di khalayak ramai, anda kelihatan sungguh berkeyakinan diri dan nampak sungguh berani.