Buka ‘Air Cond’ Dan Kipas Dalam Satu Masa, ‘Technician’ Dedah Kesan Buruk Ramai Tak Sedar
# Gaya Hidup

Buka ‘Air Cond’ Dan Kipas Dalam Satu Masa, ‘Technician’ Dedah Kesan Buruk Ramai Tak Sedar

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Feb 26, 2020
pada 10:25 AM

Korang mungkin anggap perkara ini biasa ataupun tak ada apa-apa janji sejuk. Sebenarnya perbuatan membuka penghawa dingin dan kipas siling dalam satu masa menyebabkan punca  terjadinya aircond itu tersumbat dan bil elektrik naik.

Seorang pengguna Facebook & juga merupakan seorang juruteknik Muhammad Noramin Mat berkongsi di laman FB tentang itu.

Gambar A menunjukkan penghawa dingin dibuka tanpa kipas

Gambar B menunjukkan penghawa dingin dibuka bersama kipas

“Semalam aku ada bagitahu pasal on penghawa dingin dan kipas biasa. “Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua-dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dan dingin boleh bergaul.

“Lepas tu nanti, penapis (filter) penghawa dingin korang pun cepat tersumbat,” kongsinya di Facebook.