Melayari kehidupan kadang kala ada jatuh dan naiknya. Begitulah yang berlaku pada pasangan ini yang dahulunya miliki kerjaya yang begitu kukuh. Keduanya dalam jurusan kejuruteraan dan boleh dikira cemerlang ketika di universiti dulu. Kami temubual pasangan Fariz dan Nashwa yang pernah alami pengalaman di buang kerja dan kepayahan untuk menempatkan diri dalam dunia kerjaya.


