Coronavirus telah bermutasi kepada dua jenis, jenis pertama jauh lebih agresif, kata saintis pada penemuan terbaharu yang boleh menghalang kerja-kerja untuk membuat vaksin.


by Aidil Aizuddin
Coronavirus telah bermutasi kepada dua jenis, jenis pertama jauh lebih agresif, kata saintis pada penemuan terbaharu yang boleh menghalang kerja-kerja untuk membuat vaksin.
Penyelidik di Pusat Sains Kehidupan Universiti Peking dan Institut Pasteur dari Shanghai, mendapati virus itu telah berkembang menjadi dua keturunan – yang digelar jenis ‘L’ dan ‘S’.
Yang lebih tua jenis ‘S’ kelihatan lebih ringan dan kurang merebak, manakala jenis ‘L’ tersebar dengan cepat dan kini menyumbang sekitar 70 peratus kes, lapor Fortune.
Wabak jenis L diuji dengan kebanyakkannya ditemui di sekitar Wuhan – tempat di mana wabak ini bermula – tetapi para saintis mencatatkan bahawa kekerapan jangkitan bagi jenis L telah menurun sejak langkah-langkah pencegahan bermula awal tahun ini.

Mereka juga memberi amaran bahawa data yang mereka ada adalah ‘sangat terhad’ dan kajian lanjut yang lebih mendalam diperlukan bagi memahami evolusi COVID-19.
“Jenis L lebih lazim di peringkat awal wabak di Wuhan, kekerapan jenis L menurun selepas awal Januari 2020,” kata mereka. “Campur tangan manusia mungkin akan meletakkan lebih banyak tekanan kepada jenis L, yang mungkin akan jadi lebih agresif dan tersebar dengan lebih cepat.”

Penyelidik menyatakan bahawa dua jenis yang berbeza ini akan menyerang dengan lebih banyak pada masa akan datang. Mereka menggesa komuniti saintis untuk bersatu bagi memerangi wabak tersebut.
“Penemuan ini amat menyokong keperluan untuk kajian segera, yang menggabungkan data genomik, data epidemiologi dan rekod simptom pesakit dengan penyakit coronavirus,” kata mereka.