Menarik! Syarikat Ini Tawar Gaji RM100K , Jawatan 'Sleep Executive', Korang Hanya Perlu Tidur
# Gaya Hidup

Menarik! Syarikat Ini Tawar Gaji RM100K , Jawatan 'Sleep Executive', Korang Hanya Perlu Tidur

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Mar 10, 2020
pada 7:37 PM

Sebelum ini memang menjadi viral admin post tawaran untuk dijangkiti COVID-19 secara berbayar RM19K, kini sebuah syarikat dari United Kingdom pula mencari ‘pekerja’ untuk menyertai eksperimen tidur berbayar mereka.

Dalam satu iklan yang dikeluarkan baru-baru ini, syarikat pembekal kelengkapan rumah Hillarys daripada United Kingdom membuka jawatan baru sebagai ‘Sleep Executive‘ .

Kalau korang sanggup kerja ini korang akan dibayar dengan gaji sehingga ebih RM100,000. Tapi kena ingat bukan lah tidur semata-mata "UNTUNG'' la korang!

“Eksperimen ini akan mengkaji bagaimana cahaya dan bunyi boleh mengganggu tidur anda, jadi kami akan menguji dengan meletakkan calon di dalam keadaan tidur yang berbeza.

“Ini termasuklah menggunakan tirai gelap serta cahaya dan bunyi yang berbeza,” tulis mereka di iklan tersebut.

Menjelaskan lanjut mengenai eksperimen itu, para ‘pekerja’ ini juga akan dipakaikan alat pengawasan ketika mereka sedang tidur. Bagaimanapun, untuk menjadi salah seorang ‘pekerja’ yang menyertai eksperimen itu, mereka yang berminat perlu mendaftar terlebih dahulu.

Walaupun nampak mudah, tetapi mereka yang berminat perlu memberikan sebab kenapa mereka adalah orang yang tepat untuk jawatan tersebut.