Tak Sempat Makan, Syif Pulak 12 Jam! Itulah Penderitaan Hari-Hari  Doktor Yang Melawan Covid-19
# Trending Semasa

Tak Sempat Makan, Syif Pulak 12 Jam! Itulah Penderitaan Hari-Hari Doktor Yang Melawan Covid-19

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Mar 12, 2020
pada 9:42 AM

Kes semalam melibatkan cuaca panas mematikan kuman, ramai yang menyalahkan doktor dan seumpanya. Malah ada juga doktor yang mempertahankan perkara itu tidak betul. Namun sebagai rakyat yang tidak tahu mengenai perubatan sudah pasti mahukan kepastian.

Disebalik itu, korang pasti tak tahu keaadaan doktor  yang sebenar apabila mahu melakukan saringan ke atas pesakit wabak COVID-19 atau koronavirus

Mungkin ramai yang membayangkan makmal berhawa dingin serba canggih serba moden, lengkap dengan kemudahan-kemudahan perubatan yang paling sofistikated, malah anggotanya dibarisi oleh doktor-doktor terhebat yang sudah berpengalaman dalam bidang perubatan.

Image from Jabatan Penerangan Malaysia

Bayangan itu bagaimanapun tidak tepat. Kebanyakan saringan wabak COVID-19 sebenarnya dilakukan di khemah saringan yang dipacak di luar bangunan hospital.

Ini bermakna khemah saringan berkenaan terletak terus di bawah panas matahari dan langsung tidak berhawa dingin, dan doktor petugas hanya boleh bergantung kepada beberapa buah kipas yang disediakan.

Beginilah situasi sebenar khemah saringan wabak COVID-19 di Hospital Serdang:

Image from Ferwahn Fairis / Facebook

Image from Ferwahn Fairis / Facebook

Image from Ferwahn Fairis / Facebook

Image via Ferwahn Fairis / Facebook

Bayangkan bekerja dalam keadaan panas sebegitu selama 12 jam sambil memakai sut PPE (personal protective equipment) tanpa sempat menjamah makanan langsung

Image from Ferwahn Fairis / Facebook

Inilah derita yang diharungi oleh doktor-doktor petugas di khemah saringan wabak COVID-19 setiap hari seperti yang dikongsi oleh Dr Ferwahn Fairis di Facebook.

Menerusi tulisannya, saringan ini dilakukan secara terperinci sehingga prosedur pemakaian dan penanggalan sut PPE juga perlu dilakukan mengikut turutan yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau terhidu titisan virus COVID-19 yang berpotensi terlekat pada pakaian mereka.

Image from Ferwahn Fairis / Facebook

Selain itu, doktor-doktor petugas juga menderita daripada beban pesakit yang ramai, durasi proses saringan yang lama sehingga memakan masa 45 minit seorang, kekurangan kakitangan, persekitaran tempat kerja yang tidak ideal, dan macam-macam lagi.

"Dah makan dah?"

"Tak sempat lagi doktor."

Image from Ferwahn Fairis / Facebook

Dr Ferwahn menambah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, doktor-doktor petugas di khemah saringan tidak sempat langsung menyentuh hidangan makan tengahari yang disediakan oleh dapur hospital kerana terlalu sibuk melakukan saringan.

Malah, mereka langsung tiada masa untuk melakukan perkara lain kerana mereka bekerja tanpa henti selama 12 jam menyaring pesakit PUI (Person under Investigation). Dari pukul 8 pagi sehinggalah 8 malam, mereka akan terus melihat pesakit sebelum syif bertukar.

 

Baca status penuh Dr Ferwahn Fairis di bawah:

Image from Ferwahn Fairis / Facebook