FAM Tangguh, Semua Kejohanan Liga Bolasepak Malaysia, Bermula Isnin Depan! Disebabkan Covid-19
# Trending Semasa

FAM Tangguh, Semua Kejohanan Liga Bolasepak Malaysia, Bermula Isnin Depan! Disebabkan Covid-19

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Mar 12, 2020
pada 12:54 PM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangguhkan semua kejohanan di bawah kelolaan badan induk itu dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan kebimbangan penularan COVID-19.

Perkara itu diumumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas mengadakan mesyuarat khas bersama semua pihak berkepentingan, hari ini. Hamidin bagaimanapun menjelaskan penangguhan semua kejohanan itu akan bermula Isnin ini.

"Bagi perlawanan anjuran MFL dan FAM untuk hari ini, esok dan Ahad, semua perlawanan bermain tanpa penyokong," kata Hamidin.

"Bermula Isnin ini, semua pertandingan FAM dan MFL ditangguhkan sehingga kita dapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua pihak berkuasa terbabit sebelum ia dimulakan semula."

Antara kejohanan di bawah kelolaan FAM termasuk Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia sementara kejohanan di bawah MFL merangkumi Liga Malaysia (Liga M).