Seorang pengguna fb Ir Abdul Rahman Bahasa telah berkongsi cara mudah DIY hand sanitizer dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Malah, kos untuk membuat hand sanitizer sendiri hanya RM11.70 sahaja dan anda boleh dapat 5 botol 50ml hand sanitizer.


by Aidil Aizuddin
Seorang pengguna fb Ir Abdul Rahman Bahasa telah berkongsi cara mudah DIY hand sanitizer dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Malah, kos untuk membuat hand sanitizer sendiri hanya RM11.70 sahaja dan anda boleh dapat 5 botol 50ml hand sanitizer.
Menurutnya, tips tersebut diperolehnya ketika berkunjung ke sebuah farmasi. Baca perkongsian tips beliau di bawah ini.
1. Dettol jenis disinfectant liquid
2. Sterile water
1. Campurkan 20% Dettol dan 80% sterile water.
*Nota kaki: Sukatan untuk 100ml hand sanitizer adalah 20ml Dettol dan 80ml sterile water, manakala untuk 50ml hand sanitizer adalah 10ml Dettol dan 40ml sterile water.
2. Anda boleh sukat menggunakan picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian.
3. Akhir sekali, letakkan campuran tersebut dalam dalam botol spray dan boleh digunakan.
*Peringatan: Formula hand sanitizer ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja. Ini disebabkan faktor ketebalan kulit. Kesan Dettol agak kuat juga dan takut ada kesan pada kulit kanak-kanak yang umurnya bawah 10 tahun.
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Jumlah: RM11.70
Dengan hanya kos RM11.70, anda boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer. Harga semasa hand sanitizer sebotol 50ml adalah RM8.00. Harga untuk 5 botol adalah RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol dan sterile water ini, anda boleh jimat RM28.30!