[COVID-19] - ''Tidak Perlu Ada Panic Buying'' - KPDNHEP
# Trending Semasa

[COVID-19] - ''Tidak Perlu Ada Panic Buying'' - KPDNHEP

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 15, 2020
pada 3:28 PM

Terkini, satu arahan telah dikeluarkan di mana semua pertubuhan dilarang daripada mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun, selaras dengan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penularan jangkitan COVID-19, menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Berdasarkan sumber daripada Awani:

"Mesyuarat-mesyuarat ini perlu dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing. Walau bagaimanapun, memandangkan situasi penularan COVID-19 ini semakin meruncing ketika ini, maka JPPM memaklumkan bahawa semua pertubuhan adalah DILARANG daripada mengadakanprogram/aktiviti/ persidangan/ perhimpunan/ mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.''

Menurut kenyataan itu lagi, larangan ini adalah terpakai di setiap peringkat pertubuhan termasuk cawangan-cawangan di seluruh negara. Arahan khas yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah peruntukan Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

"Namun, sekiranya sehingga pada tarikh 30 Jun 2020 wabak COVID-19 masih dalam situasi meruncing maka pertubuhan hendaklah mengemukakan permohonan kepada JPPM untuk pertimbangan bagi perlanjutan tempoh daripada tarikh awal yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu lagi.

Di samping itu juga, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang 'panic buying' barang keperluan. Kenyataan itu dikongsikan menerusi akaun twitter rasmi @mykpdnhep:

Orang ramai juga diseru supaya berhenti menyebarkan berita palsu dan dapatkan sumber sahih daripada akaun rasmi daripada sumber yang boleh dipercayai saja. Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan panik dalam kalangan orang ramai.